Koleksi Resipi Masak Ikan Patin

Ikan patin ini sememangnya sedap untuk dijadikan bahan utama untuk pelbagai resepi patin. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan aneka resepi ikan patin sedap yang boleh anda cuba di rumah, terutamanya resipi patin tempoyak yang paling popular.

Resipi Lain: Resipi Nasi Ayam Mudah Dan Sedap

Resepi Ikan Patin

Berikut adalah koleksi beberapa resepi ikan patin yang boleh anda ikuti.

Resipi Patin Tempoyak

Patin masak tempoyak ini antara resipi wajib yang anda kena cuba kerana ianya terkenal di Temerloh dan sukar dicari di kawasan lain.

patin masak tempoyak

Bahan-Bahan Patin Tempoyak

  • 1 ekor ikan patin
  • 1 mangkuk tempoyak **
  • 4 tangkai daun kesum **
  • 12 biji cili api **
  • 1 ketul kunyit hidup **
  • 2 keping asam gelugor
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Masak Patin Tempoyak

  1. Sediakan bahan dan bersihkan ikan.
  2. Semua bahan bertanda (**) dikisar bersama dengan sedikit air.
  3. Satukan ikan dan bahan kisar, asam keping ke dalam periuk dan tambah air secukupnya.
  4. Terus masakkan atas api hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Ikan sudah masak tutup api.

Resipi Sup Ikan Patin

Bagi yang kurang gemar untuk makan patin tempoyak, boleh cuba untuk masak sup ikan patin.

sup ikan patin

Bahan-Bahan Sup Ikan Patin

  • 1 ekor ikan patin (500 gram), bersikan dari kotoran & cuci bersih
  • 1 buah jeruk limau
  • 2 batang daun bawang, iris kasar
  • 2 batang daun sup, iris kasar
  • 1 ikat kemangi, ambil daunnya
  • 1 buah tomat, potong kasar
  • 3 cm halia, pukul
  • 2 batang serai, pukul
  • 3 keping daun jeruk
  • 5 butir bawang merah, iris ti
  • 3 siung bawang putih, pukul, cincang halus
  • 10 cili, potong kasar (sesuai selera)
  • 1 sdk perisa ayam
  • Secubit garam, gula dan lada bubuk
  • 3 sdb minyak untuk menumis
  • 750 ml air bersih

Cara Masak Sup Ikan Patin

  1. Potong-potong ikan patin. Beri air jeruk limau, diamkan 15 menit, cuci bersih kembali, tiriskan. Panaskan pan, beri 2 sdb minyak, tumis bawang merah & bawang putih sampai harum. Masukkan halia, serai & daun jeruk, tumis sampai harum, tuangi air, biarkan mendidih.
  2. Setelah air mendidih masukkan ikan patin, masak dengan api kecil sampai mendidih kembali, bumbui perisa ayam, garam, gula & merica, gahul sebati.
  3. Sebelum diangkat masukkan cili, daun bawang, tomat, daun sup & kemangi, tes rasa bila sudah ngam matikan api, sajikan hangat. Kalau tidak suka pedas atau untuk anak, cabe rawit sebaiknya dipisah dari kuah atau tak usah letak ya.

Resipi Pais Tempoyak Ikan Patin

Ini antara menu wajib yang perlu anda cuba bila masak ikan patin. Pais ini adalah istilah lain untuk bakar bersama tempoyak.

pais tempoyak patin

Bahan-Bahan Pais Tempoyak Ikan Patin

  • 1 ekor ikan patin
  • 5-6 sudu besar tempoyak
  • 3 helai daun kunyit
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 inci kunyit
  • Seikat daun kesum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar asam jawa untuk mencuci ikan (pilihan)
  • Daun pisang untuk membungkus
  • 2 sudu besar minyak (untuk membakar)

Cara Masak Pais Tempoyak Ikan Patin

  1. Cuci ikan sebersihnya dengan air biasa dahulu kemudian cuci dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau ikan. Kelar ikan supaya bahan yang akan dilumur nanti meresap rasa.
  2. Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga lumat. Kemudian masukkan tempoyak, garam dan gula.
  3. Gaul sehingga sebati.
  4. Susun daun pisang dalam magic pan. Lapik sehelai daun kunyit dibawah ikan. Letak daun kesum dan sehelai daun kunyit yang dihiris halus bawah ikan, dalam perut ikan dan atas ikan.
  5. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dalam perut ikan dan lumurkan juga di atas di sekeliling ikan. Bungkus kemas, letakkan minyak dibawah daun pisang untuk dibakar. Bakar menggunakan api yang perlahan sehingga masak.

Resipi Ikan Patin Masak Asam Pedas

Menu ini boleh digunakan bersama ikan patin dan akan berikan rasa yang sedap.

ikan patin asam pedas

Bahan-Bahan Ikan Patin Masak Asam Pedas

  • 1/2 ekor ikan patin (1 bahagian kepala + isi,1 bahagian isi)
  • 4-5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 keping lengkuas
  • 2 keping halia
  • 2 batang lada merah besar
  • 2 batang cili padi hijau (boleh tambah)
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1 liter air
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 camca besar garam bukit
  • 1 camca besar gula merah

Bahan tambahan:

  • 4 kuntum bunga kantan saiz kecil
  • 1 mangkuk daun kesom

Cara Masak Ikan Patin Asam Pedas

  1. Lumur ikan patin dengan serbuk kunyit dan 1/4 camca besar garam.Perap sebentar,ketepikan…
  2. Masukkan bawang merah,lengkuas dan halia
  3. Masukkan bawang putih,lada merah dan cili padi
  4. Masukkan serbuk kunyit dan air.Kisar kesemua bahan hingga hancur
  5. Masukkan bahan kisar dan baki air,asam keping,daun pandan dan serai.Masak hingga menggelegak
  6. Masukkan ikan,biarkan menggelegak lagi,masukkan baki garam bukit,gula merah
  7. Masukkan bunga kantan dan daun kesom,masak sebentar lagi.Seimbangkan rasa,angkat.Siap.

Resipi Ikan Patin Bakar

Patin juga boleh dibuat bakar tanpa menggunakan tempoyak. Rasa tetap sedap.

ikan patin bakar

Bahan-Bahan Ikan Patin Bakar

  • 2 keping ikan pati
  • Pes ikan bakar
  • 2-3 helai daun kunyit

Cara Masak Ikan Patin Bakar

  1. Ikan di bersihkan
  2. Ikan di lumurkan dengan pes ikan bakar
  3. Balutkan dengan daun kunyit
  4. Bakar di atas pan sehingga masak sempurna
  5. Siap di hidang bersama nasi panas

Resipi Ikan Patin Sambal Cili Api

Masakan ini sedikit mudah berbanding masakan patin lain.

ikan patin sambal cili api

Bahan-Bahan Ikan Patin Sambal Cili Api

  • 1 kg ikan patin dipotong kecil
  • 3 sudu serbuk kunyit
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • 10 biji cili hijau besar
  • 20 biji cili api
  • 3 biji bawang besar di blend
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji bawang besar di mayang
  • 1 sudu gula

Cara Masak Ikan Patin Sambal Cili Api

  1. Bersihkan ikan patin. Boleh rujuk next post sy untuk cara saya bersihkan ikan patin.
  2. Gaul kan ikan patin dengan serbuk kunyit dan garam
  3. Kemudian gorengkan ikan patin dan ketepikan
  4. Blend kan cili, bawang besar, bawang putih dan halia
  5. Panaskan minyak, tumis bahan blend tadi
  6. Kemudian, tambahkan sedikit sos tiram, garam, dan gula
  7. Apabila sambal sudah masak, masukkan ikan patin yang telah digoreng dan juga bawang yang telah di mayang
  8. Gaul dengan perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur. Dah siap.

Resipi Patin Singgang Pedas Kesom

patin singgang pedas kesom

Bahan-Bahan Patin Singgang Pedas Kesom

  • 2 ekor ikan patin
  • Daun kesom
  • Garam ajinomoto

Tumbuk Kasar / Blend Kasar

  1. Lada besar dan cili padi
  2. Bawang putih
  3. Bawang besar

Cara Masak Patin Singgang Pedas Kesom

1. Blend bahan di atas, panaskan air
2. Setelah mendidih masukkan garam ajinomoto, daun kesom dan ikan
3. Siap!

Resipi Pais Tempoyak Petai

patin pais tempoyak petai

Bahan-Bahan Pais Tempoyak Petai

  • 1/2 kg ikan kembung/ikan patin
  • 3 @4 sudu besar tempoyak
  • 10 tangkai cili padi kampung
  • Isi petai ikut kesukaan
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Serbuk perasa(jika perlu)
  • 1 sudu kecil Kunyit
  • Daun kunyit(untuk membalut ikan)

Cara Masak Pais Tempoyak Petai

  1. Cuci ikan kembung hingga bersih. Ikut resepi asal guna ikan patin tapi patin di Kedah tak sedap macam dekat Pahang jadi guna ikan kembung je
  2. Tumbuk cili padi hingga hancur kemudian gaul bersama tempoyak,gula,garam,serbuk perasa,kunyit dan petai
  3. Letakkan sedikt bahan-bahan yang telah digaul di atas daun kunyit. Kemudian letakkan ikan dan letakkan sedikit lagi bahan tadi di atas ikan serta ratakan.

Sumber: aimanabdullah.com