Cara Mudah Buat Aiskrim Homemade Pelbagai Perisa Guna Blender

Dalam artikel kali ini kami akan berkongsikan resipi dan cara mudah buat aiskrim homemade yang pelbagai perisa. Apa yang menariknya, aiskrim ini boleh dibuat dengan hanya menggunakan blender yang biasa terdapat dalam setiap rumah.

Resipi Ayam Grill Mudah Cepat Juicy Lembut

Cara Mudah Buat Aiskrim Homemade

Di bawah ini merupakan cara buat aiskrim homemade yang diambil dari Fauziah Johanis. Sesiapapun boleh buat kerana ianya begitu mudah.

Resepi Aiskrim Homemade Pelbagai Perisa

Bahan-bahan untuk membuat aiskrim homemade ini adalah:

  • 1 tin susu cair
  • 2sb ovellete
  • 3sb susu pekat
  • 1sk perisa & pewarna (ikut nak perisa apa, kalau nak 2 perisa, bahagikan adunan kepada 2. Satu peisa vanilla, satu lagi perisa strawberi. Buat corak macam kek marble)
  • Coklat chip/coklat rice

Cara Buat Aiskrim Homemade Pelbagai Perisa

  1. Mixer atau blender semua bahan-bahan di atas sehingga sebati. Pukul sehingga kembang dan tekstur menjadi licin.
  2. Letak dalam bekas tupperware. Masukkan coklat rice atau coklat chip.
  3. Simpan dalam peti semalaman.
cara buat aiskrim

Sumber: Fauziah Johanis