Cara Buat Roti Canai Homemade, Resepi Roti Canai Disediakan

Roti canai sememangnya makanan kegemaran kebanyakkan rakyat Malaysia. Dalam artikel kali ini kami akan ajar cara buat roti canai homemade yang akan menghasilkan roti canai lembut, roti canai sedap, dan juga mudah. Resipi roti canai turut disediakan di bawah ini.

Resipi Nasi Goreng Tanpa Bawang, Hanya Guna Butter

Cara Buat Roti Canai

Resipi Roti Canai

Bahan-bahan untuk buat roti canai adalah seperti berikut:

  • 1 kg tepung gandum
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • Minyak sapi secukupnya

Cara Masak Roti Canai

  1. Satukan tepung gandum, minyak masak, susu pekat dan garam. Gaul rata.
  2. Masukkan air secukupnya dan uli sehingga doh menjadi kental dan lembut.
  3. Bulatkan doh sebesar bola golf dan lumurkan dengan minyak sapi. Perap 4 jam barulah ditebar.
  4. Masak di atas kuali dan boleh dinikmati bersama kuah kegemaran
cara buat roti canai

Sumber: Kak Hjh Anie