Resipi Nasi Goreng Tanpa Bawang, Hanya Guna Butter

Tahukah anda bahawa anda boleh masak nasi goreng dengan hanya menggunakan butter? Nasi goreng yang digelar sebagai Nasi Goreng Tuanku Permaisuri Agong merupakan nasi goreng tanpa bawang yang mudah, cepat, dan sedap untuk dimakan.

Cara Nak Daging Kekal ‘Juicy’ Lepas Direbus

Seorang pengguna Facebook iaitu Nora Shimah berkongsikan resipi Nasi Goreng Tuanku Permaisuri Agong seperti berikut.

Resipi Nasi Goreng Tanpa Bawang Tuanku Permaisuri Agong

Berikut merupakan resipi Nasi Goreng Tuanku Permaisuri Agong:

Bahan-Bahan

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Butter jenama SCS
  • Cili besar yang ditumbuk dengan garam kasar
  • Telur
  • Sosej yang dipotong benuk dadu
  • Daun bawang
  • Serbuk lada hitam
  • Nasi putih

Cara Memasak

Cara-cara memasak nasi goreng ini adalah seperti berikut:

  1. Cairkan butter jenama SCS dalam kuali dan masukkan cili besar yang ditumbuk tadi.
  2. Kemudian masukkan telur dan kacau perlahan jangan sehingga pecah. Biarkan berketul besar.
  3. Selepas itu masukkan sosej yang telah digoreng terlebih dahulu.
  4. Masukkan daun bawang yang dipotong halus.
  5. Perasakan dengan serbuk lada hitam secukup rasa.
  6. Selepas sebati, masukkan nasi dan gaul.
nasi goreng butter

Sumber: Nora Shimah