Cara Nak Daging Kekal ‘Juicy’ Lepas Direbus

Bila sebut pasal makanan berdasarkan daging, ada sesetengah orang sukakan tekstur daging yang sama ada ‘juicy’ ataupun empuk tapi dalam keadaan kering sewaktu dimasak. Satu perkongsian dari Fatimah Salim berkongsikan tentang proses penyejatan air di dalam daging yang menyebabkan daging tersebut berasa ‘juicy’ sewaktu dimakan.

Siapa biasa buat macam ini? ??

Caranya:

Rebus daging. Setelah daging masak, keluarkan dan masukkan terus dalam besen/ bekas yang telah diisi dengan air sejuk (tambah ais batu lagi bagus). Pastikan air betul-betul sejuk dan daging tenggelam atau boleh balik-balikkan daging tadi.

Tujuannya:

Apabila daging dikeluarkan daripada air rebusan, ianya akan menjadi kering. Ini kerana suhu yang panas pada daging akan menyebabkan air dalam struktur daging tersejat keluar menjadi wap. Kehilangan air dalam struktur daging akan menyebabkan isi daging menjadi kering.

Maka dengan memasukkan daging terus ke dalam air sejuk boleh memberhentikan proses penyejatan air dalam daging. Ini akan membolehkan isi daging tidak kering dan lebih berjus.

Teknik sama boleh diaplikasikan untuk daging ayam, isi kerang, sayur… Ayam Hainan yang keakan ber’jelly’ di kulitnya adalah disebabkan oleh teknik ini.

Dan teknik ini sesuai untuk masakan jenis yang kurang kuah dan daging dimasak semula. Contoh masak sos tiram, tumis halia, kunyit, paprik, steam…

Tips: sayur seperti kacang panjang yang direbus seketika (untuk dijadikan ulam) dan direndam dalam air sejuk akan menghasilkan warna sayur yang lebih cantik dan hijau. Teksturnya juga lebih berjus.

Selamat mencuba!

Sumber: Fatimah Salim

Leave a Comment