Cara Buat Report Polis Online

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan cara buat report polis online dengan mudah. PDRM telah melancarkan laman e-reporting yang bertujuan memudahkan orang awam untuk cara buat report polis secara online.

Portal ini disediakan khas untuk cara buat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang yang tidak berkait dengan jenayah.

Tips lain: Cara Check Scammer Online

Cara Buat Report Polis

Ikuti langkah berikut untuk cara buat report polis online

Cara Buat Report Polis Online

Untuk cara buat laporan polis online, pertama sekali, anda hendaklah pergi ke poral e-reporting. Untuk daftar e-reporting, anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu pada pautan Daftar Pengguna.

daftar e-reporting

Selepas berjaya mendaftar, anda boleh mula mengakses laman e-reporting dengan memasukkan nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Selepas itu, satu kotak dialog akan dipaparkan seperti rajah di bawah yang memerlukan anda menanda pada 2 kotak.

Ia adalah sebagai pengesahan bahawa anda adalah berumur 18 tahun dan ke atas serta laporan yang akan anda buat tidak melibatkan unsur jenayah. Selepas itu, klik pada butang Sambung.

e-reporting

Kemudian, satu lagi kotak dialog pilihan terpapar sebelum anda boleh membuat laporan polis. Untuk pilihan ini, anda tidak boleh menanda pada salah satu pilihan dalam kotak merah seperti yang ditanda pada rajah di bawah.

e-reporting

Ini kerana pilihan kotak itu melibatkan laporan berunsur jenayah atau memerlukan siasatan lanjut oleh polis. Portal e-reporting hanya membenarkan laporan yang bukan berunsur jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut oleh polis seperti laporan hilang atau tercicir kad pengenalan, lesen memandu, pasport, kad kredit atau kad ATM, hilang telefon bimbit, komputer riba, cukai jalan dan kes pembantu rumah lari dari majikan.

e-reporting

Selepas selesai menanda bahagian ini, klik pada butang OK.

Selesai menjawab dan menanda soalan-soalan awal itu, barulah anda dapat mengakses laman utama portal e-reporting. Laman muka pertama e-reporting memaparkan Butiran Peribadi iaitu maklumat peribadi anda yang telah dimasukkan semasa anda mendaftar.

Untuk memulakan laporan, klik pada butang Seterusnya.

e-reporting

Butang Seterusnya akan membawa anda ke laman muka Butiran Kejadian.

e-reporting

Di sini anda boleh memasukkan butiran lokasi kejadian termasuklah lokasi, masa dan tarikh yang anda percayai berlakunya keciciran Kad Pengenalan anda.

Untuk makluman anda, sistem e-reporting hanya menyokong lokasi di kawasan Balai Polis Kuala Lumpur sahaja. Bermakna, kes-kes yang berlaku di luar kawasan tersebut tidak boleh dibuat menerusi portal e-reporting.

Sumber: Wiser