Cara Daftar Vaksin Covid-19 Guna MySejahtera

Pada 21 Februari 2021 lepas vaksin Covid-19 telah pun selamat sampai di Malaysia. Vaksin ini akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia mengikut fasa. Dalam artikel ini kami akan ajar cara daftar vaksin Covid-19 dengan mudah melalui MySejahtera.

Bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19, pastikan anda telah mengemaskini aplikasi MySejahtera. Seorang pengguna Twitter, @gjetzulfadhli telah berkongsikan di Twitter beliau cara mendaftar vaksin Covid-19 seperti di bawah.

Cara Daftar Vaksin Covid-19

Pertama, pengguna perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera. Setelah itu, pengguna perlu pilih ‘Covid-19 Vaccination’ seperti yang tertera pada gambar.

cara daftar vaksin

Kemudian, pengguna perlu menekan pada bahagian atas sesuai dengan nama yang didaftarkan di aplikasi MySejahtera. Semak data peribadi anda, pastikan ianya betul dan sahkan.

vaksin covid

Setelah membuat pengesahan, pengguna perlu menekan ‘Next’ untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan di dalam aplikasi berkenaan.

cara mudah daftar vaksin covid-19
daftar vaksin covid

Kesemua pengguna smartphone sama ada pengguna iOS mahupun Android boleh membuat pendaftaran melalui aplikasi ini.