Petua Cara Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta Dengan Mudah

Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara hilangkan bau durian dalam kereta dengan mudah menerusi petua tradisional.

Artikel berkaitan lain: Cara Hilangkan Bau Najis Kucing

Cara Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Berikut adalah petua hilangkan bau durian dalam kereta.

Roti

Tahukah anda bahawa roti merupakan makanan atau bahan yang menyerap bau yang efektif. Anda boleh letakkan beberapa keping roti dan biarkan semalaman dalam kereta untuk hilangkan bau durian dalam kereta.

Kopi

Selain roti, kopi juga boleh dijadikan makanan atau bahan untuk menyerap bau dimana anda boleh gunakan serbuk kopi yang ada di rumah dalam kuantiti sedikit (segenggam) dan balutkan di dalam sapu tangan dan biarkan semalaman di dalam kereta.

Tangkai Durian

Petua menggunakan tangkai durian ini adalah dari penjual durian sendiri dimana amat mudah iaitu dengan patahkan tangkai durian dan belah hujungnya (jangan sampai putus). Kemudian letakkan tangkai yang sudah dipatahkan pada jejaring aircond. Ramai telah cuba cara ini dan mengakui ianya berkesan.

Cara Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta Guna Soda Bikarbonat

Kebiasaannya soda bikarbonat ini memang ada di setiap rumah yang bukan sahaja digunakan untuk memasak tapi boleh digunakan sebagai agen pembersih dan penghilang bau.

Terdaoat dua cara hilangkan bau durian dalam kereta menggunakan soda bikarbonat. Yang pertama, anda letakkan satu bekas berisi soda bikarbonat ini di dalam kereta. Kedua, taburkan dulu soda bikarbonat ke atas lantai kereta atau bahagian yang berbau kuat seperti di dalam but kereta. Biarkan selama 2-3 jam kemudian vakum soda bikarbonat itu. Bau durian akan hilang bersama serbuk tersebut.

Buka Tingkap Semasa Memandu

Jika anda telah membeli durian pada waktu malam atau ketika cuaca kurang panas, anda boleh guna cara ini untuk mengurangkan bau durian di dalam kereta anda. Bungkuskan durian menggunakan 2-3 lapis beg plastik dan ikat ketat-ketat dan letakkan di dalam but kereta.

Semasa perjalanan, anda hanya perlu membuka tingkap dan jangan buka aircond. Dengan cara ini, angin akan keluar masuk dan bau durian tidak akan melekat pada kereta anda.

Daun Pandan

Tahukah anda bahawa daun panda bukan sahaja sedap diletak dalam masakan tatpi aroma daun pandan ini memang enak dan harum. Simpulkan daun pandan dalam kuantiti yang banyak dan letakkan dalam kereta anda. Ini adalah salah satu cara hilangkan bau durian dalam kereta anda.

Sumber: Therohani