Cara Ikat Tali Leher Mudah & Cepat (Sekolah & Pejabat)

Info mengenai panduan cara ikat tali leher mudah untuk sekolah dan pejabat. Cara pakai tali leher dan cara mengikat tali leher turut disediakan.

Artikel berkaitan: Koleksi Contoh Soalan Interview Kerja Yang Selalu Ditanya

Cara Ikat Tali Leher

Berikut adalah cara ikat tali leher sekolah dengan mudah.

Cara Pakai Tali Leher

Berikut adalah cara mudah ikat tali leher ke sekolah & pejabat (pakai tie).

Four In Hand

Cara ikatan four in hand ini merupakan ikatan tali leher yang paling terkenal serta paling mudah dihasilkan. Ia sesuai digunakan untuk pemakaian smart casual dan untuk baju yang berkolar tajam dan mempunyai bukaan rapat. Cara mengikat four in hand adalah seperti berikut:

four in hand

Shell Knot

Ikatan shell atau shell knot atau pratt knot sesuai untuk pemakaian formal, kasual atau bisnes kasual. Ianya merupakan teknik ikatan lama yang menghasilkan simpulan yang bersaiz kecil dan simetri. Ikatan ini digalakkan untuk disesuaikan dengan kola baju yang bersaiz kecil dan tajam. Berikut adalah cara ikatan shell knot.

shell knot

Windsor Knot

Windsor knot merupakan teknik yang dapat menghasilkan ikatan yang rapi dan simetri. Simpulan windsor adalah berbentuk segitiga bersaiz besar dan padan dengan kolar yang lebar bukaannya. Untuk acara-acara formal atau rasmi terutamanya mesyuarat dengan orang-orang berkepentingan, biasanya ikatan ini menjadi pilihan.

windsor knot

Half Windsor

Ikatan Half Windsor juga merupakan salah satu teknik ikatan yang popular. Ikatan yang dihasilkan adalah simetri, seimbang serta sesuai untuk kebanyakan acara profesional. Simpulan yang bersaiz sederhana besar padan dengan kolar yang memiliki bukaan sederhana lebar. Saiz ikatannya lebih besar daripada Four in Hand tetapi lebih kecil daripada Full Windsor.

half windsor

Sumber: irujukan