Tahukah anda, bermula 20 April 2020, anda boleh keluarkan simpanan ASB anda secara online secara percuma tanpa perlu ke bank atau pejabat pos. Semuanya boleh dilakukan melalui portal online ASB iaitu myASNB. Bagi yang menggunakan aplikasi myASNB di telefon pintar pula, pengeluaran boleh dikeluarkan bermula 27 April 2020.
Untuk pengetahuan anda, had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit. Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100 dan jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan sahaja. Selain itu, hanya pemegang unit dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja. Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya.
Cara Mendaftar Akaun ASB Secara Online Untuk Semak Baki, Tambah Pelaburan Atau Pengeluaran Simpanan
Cara Keluarkan Simpanan ASB Secara Online
Anda boleh lihat video dibawah ini untuk cara pengeluaran simpanan ASB secara online yang disediakan oleh ASNB.
Ataupun keratan gambar dari video diatas boleh didapati dibawah ini:
Dibawah ini merupakan info tambahan mengenai pengeluaran ASB yang turut disediakan oleh ASNB.
Sumber: ASNB