Sebenarnya terdapat beberapa laman web yang boleh membantu anda untuk cara kira cukai pendapatan yang perlu dibayar secara kasar dengan mudah dan cepat. Salah satunya adalah dengan menerusi laman web KiraCukai.
Menerusi laman KiraCukai, pengguna perlu memasukkan beberapa data seperti pendapatan, dan beberapa info berkaitan pelepasan cukai. Seterusnya anda akan diperlihatkan dengan sama ada mempunyai lebihan cukai perlu dibayar atau sebaliknya.
Namun begitu, perlu anda ketahui bahawa pengiraan yang ditawarkan di laman KiraCukai ini adalah secara kasar, dan mungkin terdapat sedikit perbezaan dengan pengiraan oleh pihak LHDN sendiri.
Bagi anda yang ingin ketahui cara kira cukai pendapatan, boleh mula cuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh KiraCukai ini.
Sumber: Amanz