Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara kira Overtime OT yang cepat dan mudah difahami yang dikongsikan oleh laman Cara Kiraan Overtime (OT) Pekerja Wajib Tahu Tahun 2023 (maukerja.my)
Berkaitan: Cara Kira Cukai Pendapatan Yang Perlu Dibayar Secara Kasar
Apa itu Overtime
Menurut Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, kerja lebih masa atau lebih difahami dengan istilah overtime (OT) merupakan kerja yang yang dilakukan pada masa melebihi waktu kerja normal.
Cara Kira OT
Ikuti artikel berikut untuk ketahui cara kiraan overtime
Cara Kiraan Overtime
Pengiraan bayaran kerja lebih masa/overtime (OT) setelah pindaan bergantung kepada perubahan waktu bekerja yang diperkenalkan mengikut pengurangan jam bekerja seminggu kepada 45 jam yang pekerja wajib tahu tahun 2023 ini. Berikut adalah dua contoh waktu bekerja baru yang mungkin dilaksanakan oleh sesetengah syarikat selepas pindaan tersebut:
1) Waktu Bekerja 1
6 hari seminggu, Isnin-Sabtu: 8.30 pagi – 5.00 petang (Tolak 1 jam rehat)
Jumlah jam seminggu = 45 jam (7.5 jam x 6 hari)
Jam HRP = 7.5
Cara pengiraan OT: (Menggunakan contoh 1 yang sama seperti di atas)
Gaji Asas: RM2,000
Jumlah Jam OT (Normal): 18 jam
Kadar OT (Normal): 1.5
= Gaji Asas / 26 (Hari ORP) / 7.5 (Jam HRP) x Jumlah Jam OT x Kadar OT
= 2,000 / 26 / 7.5 x 18 x 1.5
= 276.92
Jumlah bayaran OT Normal bagi Waktu Kerja 1 adalah RM276.92
2) Waktu Bekerja 2
6 hari seminggu, Isnin-Jumaat: 8.30 pagi – 5.30 petang (Tolak 1 jam rehat), Sabtu: 8.30 pagi – 1.30 petang (Separuh hari)
Jumlah jam seminggu = 45 jam (8 jam x 5 hari + 5 jam x 1 hari)
Jam HRP = 8
Cara pengiraan OT: (Menggunakan contoh 1 yang sama seperti di atas)
Gaji Asas: RM2,000
Jumlah Jam OT (Normal): 18 jam
Kadar OT (Normal): 1.5
= Gaji Asas / 26 (Hari ORP) / 8 (Jam HRP) x Jumlah Jam OT x Kadar OT
= 2,000 / 26 / 8 x 18 x 1.5
= 259.62
Jumlah bayaran OT Normal bagi Waktu Kerja 2 adalah RM259.62
Perhatikan bahawa terdapat perbezaan dalam kaedah pengiraan bagi kedua-dua waktu bekerja di atas, bergantung kepada jumlah jam bekerja biasa dalam setiap waktu tersebut.
Sumber: Cara Kiraan Overtime (OT) Pekerja Wajib Tahu Tahun 2023 (maukerja.my)