Senarai Khasiat Daun Pudina Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan info mengenai khasiat daun pudina dari segi kesihatan dan kecantikan yang boleh anda amalkan.

Info menarik lain: Senarai Jenis Rempah Ratus Dan Fungsi Setiap Satu

Khasiat Daun Pudina

Berikut adalah khasiat daun pudina.

Khasiat Daun Pudina

Antara khasiat daun pudina ialah:

1.Kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan iaitu vitamin A, B2 dan C. Malah ia juga mengandungi mineral seperti besi, kalsium, kalium dan mangan.

2.Mampu mengurangkan tahap kolestrol yang tinggi.

3.Bagus untuk mengurangkan berat badan.

4.Mengurangkan masalah pedih ulu hati dan gastrik.

5.Jika ada masalah penghadaman, ia boleh membantu merangsang penghadaman.

6.Boleh digunakan jika ada luka kecil, digigit serangga dan gatal-gatal di badan kerana fungsinya sebagai antiseptik, antivirus dan antiparasit.

7.Jika anda memakan daun pudina, ia boleh merangsang tubuh untuk mengeluarkan peluh.

8.Jika selsema, kekejangan otot, sakit-sakit badan dan sakit kepala, jus daun pudina boleh disapukan pada kawasan tersebut untuk melegakan kesakitan.

9.Boleh menghilangkan rasa loya dengan menyapu minyak yang diperbuat daripada daun pudina.

10.Bagus untuk kesegaran pernafasan.

11.Jika kurang selera makan, makan beberapa helai daun pudina bersama-sama dengan ulaman. Boleh juga dijadikan jus dengan dicampur dengan buah-buahan yang lain.

12.Selepas bersenam, kadangkala kita mengalami masalah kekejangan otot, daun pudina mampu melegakan kesakitan akibat kekejangan.

13.Ia juga memudahkan penghadaman lemak dan perjalanan makanan ke dalam saluran usus.

14.Ekstrak daunnya bagus untuk kanak-kanak yang kurang tumpuan dalam pelajaran.

15.Jika kembung perut, teh herba pudina mampu mengurangkan kesakitan.

16.Kajian mendapati pudina mampu bertindak sebagai antikanser dan dapat menghalang ketumbuhan.

17.Masalah berkaitan pernafasan seperti selsema, hidung berair, sakit kerongkong, nafas berbau dan jangkitan paru-paru, daun pudina boleh dijadikan ubat mujarab.

18.Dijadikan bahan utama dalam minyak urut dan minyak untuk melegakan pernafasan yang disapukan pada dada dan belakang badan.

19.Melegakan masalah wanita seperti sakit senggugut, kekejangan di bahagian peranakan dan melancarkan kitaran haid.

20.Bagus untuk orang yang mempunyai masalah kaki berbau apabila memakai kasut tertutup.

21.Kahak degil yang susah nak keluar, boleh disembuhkan dengan meminum secawan air masak yang dicampur ekstrak pudina.

Sumber: https://bidadari.my/khasiat-daun-pudina/