Harga Barang Keperluan Mahal? Ini Cara Mudah Untuk Buat Aduan Secara Online

Ketika berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020, sudah dapat dijangka bahawa terdapat beberapa barangan yang tidak mempunyai bekalan yang mencukupi seperti hari-hari biasa. Ini akan membuatkan harga sesetengah barangan keperluan meningkat.

Barangan penting untuk mengelakkan jangkitan wabak COVID-19 seperti sarung tangan getah, face mask dan hand sanitizer mengalami permintaan yang tinggi sehinggakan ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang tersebut melebihi dari harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Anda sebagai pengguna boleh membuat aduan kenaikan harga barang keperluan melalui cara berikut:

cara buat aduan isu harga barang mahal
Cara membuat aduan isu harga barang.

Salah satu cara yang paling mudah adalah menerusi sistem online eAduan 2.0 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK). Bagi setiap aduan, perlindungan (berdasarkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [711]) diberikan kepada pemberi maklumat yang melibatkan:

  1. Maklumat sulit seperti maklumat mengenai identiti, pekerjaan, alamat kediaman, tempat pekerjaan.
  2. Tindakan yang memudaratkan
  3. Kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah

Akhir kata, jangan biarkan ada sesetengah pihak untuk terus menaikkan harga barangan keperluan demi kepentingan sendiri.

Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK)

Leave a Comment