Cara Kira Usia Kandungan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara kiraan kehamilan yang cepat dan mudah difahami yang dikongsikan oleh laman Cara Mengira Usia Kandungan Yang Tepat Buat Bakal Ibu Yang Keliru (pantangplus.com)

Berkaitan: Cara Kira Waktu Subur Wanita (Waktu Subur Selepas Haid)

Cara Kira Minggu Kehamilan

Ikuti tips mudah berikut untuk ketahui cara kira usia kandungan

Cara Kiraan Kehamilan : Kiraan Kalendar

Dengan cara kira kehamilan ini, anda perlu tahu tarikh haid hari pertama dan haid hari terakhir (HPHT) anda terlebih dahulu. Namun begitu, kaedah ini biasanya digunakan untuk menghitung kitaran haid tetap sahaja. Contohnya, bagi wanita yang kitaran haid nya 28 hari hingga ke 30 hari.

Langkah-langkah nya:

  • Tarikh HPHT + 7
  • Bulan HPHT – 3 (bagi bulan April sehingga Disember) ATAU;
  • Bulan HPHT + 9 (bagi bulan Januari sehingga bulan Mac)
  • Tahun HPHT + 1

Contoh:
05 Mei 2020

  • 5 + 7 = 12
  • Mei – 3 = 2 (Februari)
  • 2020 + 1 = 2021

Maka tarikh kelahiran adalah 12 Februari 2021.

 Ini adalah cara anggaran untuk mengira hari kelahiran. Jadi bagaimana pula dengan cara kiraan usia kandungan bayi? Senang je. Anda cuma perlu tambah 1 bulan dari HPHT anda.

Contoh:
05 Mei 2020

Maka, bulan pertama usia kandungan bayi anda ialah 05 Jun 2020.

Imbasan Ultrasound

Dengan kaedah ini akan menghasilkan kiraan paling tepat di mana imbasan akan dilakukan menerusi dua cara iaitu transvaginal dan transabdominal.

Transvaginal: Biasanya dilakukan pada awal kehamilan, kerana ianya dapat melihat janin dengan lebih dekat, ianya akan dilakukan melalui vagina si ibu. Kemudian, setelah kandungan anda berusia lebih kurang 5 ke 6 minggu, barulah si ibu hamil akan teruskan dengan kaedan imbasan transbdominal. Yang mana imbasan ini dilakukan melalui dinding perut.

Oleh itu, disarankan para ibu yang hamil untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi melakukan imbasan transvaginal dan direkodkan awal kehamilan pada buku merah jambu, agar pengiraan seterusnya dapat di kira dengan tepat.

Pengiraan Ketinggian Fundus Uterus / Puncak Rahim

Anda juga boleh mengira usia kandungan anda melalui ketinggian puncak rahim anda. Puncak rahim si ibu akan semakin meninggi apabila janin berkembang.

Kaedah ini agak mudah yang mana anda cuma perlu rasa bahagian atas rahim yang menonjol pada perut anda. Kemudian, ukur jarak dari tulang rusuk ke bahagian atas uterus anda, jika jaraknya adalah 18cm makanya usia kandungan anda adalah 18 minggu.

Sumber: Cara Mengira Usia Kandungan Yang Tepat Buat Bakal Ibu Yang Keliru (pantangplus.com)