Cara Kira Waktu Subur Wanita (Waktu Subur Selepas Haid)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara kira waktu subur perempuan atau cara kiraan waktu subur selepas haid untuk elak hamil. Kalkulator waktu subur dan cara kira waktu subur untuk elak hamil turut disediakan untuk anda.

Artikel berkaitan: Kenapa Period Lambat (Punca Kenapa Period Tak Datang)

Waktu Subur Wanita

Sebelum kita pergi ke cara kira waktu subur wanita, elok kita fahami dahulu beberapa tanda tanda waktu subur perempuan.

Tanda Waktu Subur Perempuan

Peningkatan Suhu Badan

Proses ovulasi perempuan akan meningkan suhu badan mereka. Anda perlu bezakan suhu biasa badan anda sewaktu normal dan semasa waktu subur anda. Anda boleh gunakan termometer untuk dapatkan bacaan yang tepat dan betul.

Keputihan

Kesuburan wanita juga boleh dilihat melalui terjadinya keputihan iaitu lendir yang terhasil pada kawasan serviks. Tekstur, warna dan kepekatan keputihan yang hadir bagi menunjukkan tanda subur wanita adalah berbeza dengan keputihan yang berlaku pada hari biasa. Ketika ovulasi, lendir keputihan akan menjadi lebih cair dan jernih.

Rasa Ghairah

Peningkatan nafsu syahwat dalam wanita juga sering dikaitkan dengan salah satu tanda subur wanita. Wanita akan merasa lebih menarik secara semulajadi bagi pasangan anda.

Payudara Menjadi Bengkak

Ketika ovulasi, payudara akan terasa sedikit bengkak dan ngilu disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan anda. Tapi terdapat juga wanita lain yang bukan hanya mengalami bengkak pada payudara mereka malah juga pada bahagian tubuh yang lain.

Cara Kira Waktu Subur

Kiraan waktu subur tidaklah sesukar mana. Anda cuma perlu ada dua perkara penting ini:

  • Tarikh bila kali terakhir period
  • Berapa lama kitaran haid

Tarikh kali terakhir haid ialah tarikh period bagi kitaran sebelum ini. Selalunya, ramai orang boleh ingat.

Berapa lama kitaran haid pula ialah purata untuk berapa hari selalunya anda akan period semula. Kebiasaannya, sebulan. Namun, ada juga yang kitaran haid mereka 20-45 hari).

Kiraan Waktu Subur Wanita

Kitaran haid yang normal iaitu selama sebulan, iaitu lebih kurang 28 atau 30 hari.

Contoh Cara Kira Waktu Subur Perempuan

Dalam contoh ini, kami andaikan yang kitaran haid adalah 28 hari. Waktu subur ialah pada hari ke 12 hingga hari ke 17.

  • Tarikh bila kali terakhir period: 1 Jan
  • Berapa lama kitaran haid: 28 hari

Jadi, waktu subur anda ialah pada 12 Jan sehingga 17 Jan. Waktu paling subur, di mana ovulasi berlaku ialah pada 15 Jan.

Bagi yang berusaha untuk hamil, jika anda bersama pada 15 Jan, dengan rezeki Allah, anda boleh mendapat anak.

Bagi yang mahu elak hamil, elakkan dari bersama sepanjang 15-17 Jan.

Kalkulator Waktu Subur Yang Tepat

Kini, terdapat banyak kaedah yang boleh anda cari di internet termasuklah untuk anda mengira waktu kesuburan anda dengan lebih tepat. Anda boleh cuba kalkulator percuma dari WebMD dan WomensHealth.

Sumber: Therohani