Kenapa Period Lambat (Punca Kenapa Period Tak Datang)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan jawapan kepada persoalan kenapa period lambat atau kenapa period datang lambat, kenapa period tidak teratur dan kenapa period lewat seminggu.

Artikel menarik lain: Senarai Kelebihan Susu Kambing (Khasiat & Kebaikan)

Kenapa Period Lambat

Jangan panik, risau atau terlalu berfikir kenapa period lambat. Kebanyakkan wanita mengalami kitaran haid setiap 28 hari. Namun begitu terdapat juga kes yang mengalami pada tarikh seawal 21 hari, dan selewat 35 hari. Jika kitaran haid anda terlalu lewat, mungkin anda mengalami sesuatu yang luar biasa.

Kenapa Period Tak Datang

Pertamanya, anda mungkin mengalami tekanan emosi yang menyebabkkan hormon anda menjadi tidak stabil, mengubah rutin harian anda dan memberi kesan terhadap otak anda yang berperanan dalam mengatur kitaran haid anda.

Tekanan emosi turut akan menyebabkan anda jatuh sakit ataupun mempengaruhi berat badan anda, sekali gus memberi kesan terhadap kitaran haid anda.

Kenapa Period Datang Lambat

Kedua, berat badan anda terlalu rendah. Tahukah anda bahawa kaum wanita yang mengalami penyakit anorexia nervosa atau bulimia boleh mengalami kitaran haid yang terlepas atau lewat. Berat badan yang 10% lebih rendah berbanding berat normal akan menghentikan proses kitaran haid.

Wanita yang kerap melakukan aktiviti senaman yang berat akan turut terdedah kepada pemberhentian proses kitaran haid. Berat badan yang terlalu tinggi atau obes juga mempengaruhi hormon seseorang dan boleh mengakibatkan haid lambat datang.

Kenapa Period Tidak Teratur

Ketiga, pengambilan ubat perancang keluarga yang mengubah hormon anda dan menghalang proses kitaran haid daripada disempurnakan. Seoserang itu boleh mengalami period yang lambat jika kerap mengambil ubat seperti ini. 6 bulan diperlukan untuk menyeimbangkan semula kitaran haid.

Kenapa Period Lewat Seminggu

Keempat, anda mungkin menghidap penyakit kronik seperti kencing manis yang boleh mempengaruhi kitaran haid disebabkan oleh perubahan hormon yang berpunca dari perubahan kadar gula dalam darah.

Selain itu penyakit tiroid juga boleh menyebabkan period lambat datang kerana tiroid berperanan dalam menghasilkan hormon untuk tubuh badan. Penyakit barah di bahagian otak juga boleh mengganggu kitaran haid.

Akhir sekali, anda mungkin menghampiri peringkat menopaus yang sebelum anda hadapinya, anda akan lalu peringkat ‘perimenopause’ terlebih dahulu dan peringkat ini kadangkala menyebabkan kitaran haid anda menjadi terlewat.

Sumber: Therohani