Senarai Kelebihan Susu Kambing (Khasiat & Kebaikan)

Dalam artikel ini kami akan berikan info mengenai panduan khasiat susu kambing serta kebaikan susu kambing. Penjelasan mengenai kelebihan susu kambing untuk ibu mengandung dan kebaikan susu kambing untuk bayi.

Artikel menarik lain: Khasiat Daun Belalai Gajah Yang Perlu Anda Tahu

Kelebihan Susu Kambing

Berikut adalah khasiat susu kambing dan kebaikan susu kambing untuk panduan anda.

Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung

Untuk maklumat anda, sumber dariĀ Bubs Australia, pemakanan dan nutrisi untuk bayi bukannya bermula apabila bayi dilahirkan. Nutrisi untuk bayi sebenarnya bermula ketika ibunya sedang mengandung.

Ibu hamil yang minum susu kambing, secara tidak langsung bayi dalam kandungan juga akan menerima semua vitamin, mineral dan lemak yang sihat untuk sel mereka untuk mula membentuk dengan cara yang terbaik.

Mencantikkan Kulit

Susu kambing mengandungi kandungan asid lemak dan trigliserida yang membuatkan ianya bagus untuk kulit anda. Jangan risau bahawa susu kambing ini tidak akan menghakis kulit anda kerana ianya bersifat alkali.

Susu kambing juga dipenuhi dengan kandungan vitamin A yang merupakan nutrien penting untuk kulit anda. Asid laktik yang ada pada susu ini juga boleh melembapkan dan mencerahkan kulit.

Khasiat Susu Kambing : Mengimbangi pH Badan

Kandungan mineral yang terdapat dalam susu kambing adalah bersifat alkali dimana ianya dapat meneutralkan pH dalam darah dan juga membantu sistem penghadaman anda.

Jika anda mempunyai tahap asid yang tinggi dalam darah atau sistem penghadaman, anda berisiko mengalami gejala seperti keletihan melampau, gastrik, sakit kepala, jangkitan kulit dan pelbagai lagi penyakit lain.

Kebaikan Susu Kambing : Meningkatkan Kesihatan Otak

Ada satu kajian menunjukkan bahawa kandungan lipid dalam susu kambing boleh mengurangkan masalah kebimbangan. Susu kambing juga mempunyai konjugasi asid linoleik yang terkenal dengan manfaatnya yang dapat mempengaruhi perkembangan otak.

Menyihatkan Jantung

Susu kambing yang mempunyai sumber magnesium yang baik bermanfaat untuk jantung. Magnesium membantu mengekalkan kadar denyutan jantung yang tetap dan dapat menghalang pembekuan darah serta mengurangkan tahap kolestrol.

Menguatkan Tulang

Antara khasiat lain susu kambing adalah boleh menguatkan tulang. Susu kambing sangat tinggi dengan kalsium yang tidak berikan kesan sampingan. Ianya dapat mengekalkan kestabilan kalsium dalam badan dan mengekalkan tulang yang sihat sepanjang hayat.

Sumber: Therohani