Khasiat Daun Belalai Gajah Yang Perlu Anda Tahu

Dalam artikel ini kami akan kongsikan tips khasiat daun belalai gajah atau kasiat daun belalai gajah yang pelu anda tahu. Kesan sampingan pengambilan daun belalai gajah dan cara merebus daun belalai gajah turut disediakan.

Tips kesihatan lain: Senarai Makanan Berkhasiat Untuk Turunkan Berat Badan

Daun Belalai Gajah

Berikut adalah kasiat daun belalai gajah yang perlu anda tahu.

Khasiat Daun Belalai Gajah

Khasiat daun belalai gajah dikatakan boleh membantu mengatasi masalah kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Kajian turut mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, malah, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Mengandungi Anti Oksida

Menurut kajian, daun belalai gajah terbukti sebagai agen anti oksida yang baik di mana fungsi anti oksida ini adalah untuk mengurangkan kesan radikal bebas dalam tubuh badan.

Melambatkan Pertumbuhan Sel Kanser

Kajian lain tutur mendapati bahawa daun belalai gajah bukan sahaja bergunsi sebagai agen anti oksida, tetapi turut mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.

Flavonoid

Dalam daun belalai gajah ini turut mengandungi Flavonoid iaitu salah salah satu jenis antioksidan yang mampu mencegah kanser dan penyakit kardiovasukat lain.

Zat Mineral

Banyak kandungan mineral penting yang terkandung dalam daun belalai gajah seperti vitamin. Lebih dari 45% terdiri daripada protein mentah dan 17 asid amino yang memberikan nilai baik bagi kesihatan.

Ia juga kaya dengan vitamin C, protein dan serat yang mampu melawan radikal bebas yang membantu dalam pencegahan kanser. Mengandungi mineral fosforus, kalsium, magnesium, dan zat besi. Daun belalai gajah juga memiliki kandungan kimia lain seperti alkaloid, saponin dan bersifat direutik.

Sumber: Bidadari