in

Senarai Makanan Berkhasiat Untuk Turunkan Berat Badan

makanan berkhasiat

Dalam artikel ini kami akan kongsikan contoh makanan berkhasiat serta gambar makanan berkhasiat untuk turunkan berat badan bagi semua lapisan umur. Makanan berkhasiat untuk ibu mengandung dan makanan berkhasiat untuk kanak kanak turut disediakan.

Artikel berkaitan: Panduan Piramid Makanan Seimbang Malaysia Dari KKM

Makanan Berkhasiat

Berikut adalah makanan berkhasiat serta gambar makanan berkhasiat.

Contoh Makanan Berkhasiat

Dibawah ini adalah contoh makanan berkhasiat untuk panduan anda.

Yogurt

Menurut kajian, memakan yogurt sebanyak 3 kali sehari mampu menurunkan berat badan terutamanya di bahagian perut. Pastikan anda memilih yogurt asli dan rendah lemak kerana yogurt asli lebih rendah kandungan kalori berbanding yogurt berperisa.

Kekacang

Kekacang terdiri daripada lemak baik iaitu lemak mono tidak tepu, serat dan protein. Serat dan protein sangat baik dalam proses menurunkan berat dan menguruskan badan.

Dengan pembilan serat, kita akan cepat berasa kenyang dan mengurangkan rasa ‘craving’ pada makanan berlemak. Antara kekacang yang baik untuk dijadikan snek ketika proses diet adalah kacang badam, walnut, gajus dan pistachio.

Sayuran Hijau

Sayuran hijau mempunyai kandungan vitamin A dan C yang tinggi dimana ianya dapat membantu dalam proses antioksidan dan peningkatan metabolisme.

Buahan Citrus

Disarankan anda untuk mengambil buah citrus seperti oren, lemon dan buah limau gedang (grapefruit) sepanjang proses menurunkan berat badan. Limau gedang mempunyai enzim yang dapat membantu pembakaran lemak dan mengurangkan kanji dan gula dalam badan.

Enzim tersebut juga dikatakan mampu untuk menyerap nutrient yang diperlukan oleh badan. Buah limau gedang memang sangat digalakkan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Minyak Zaitun

Minyak zaitun merupakan lemak tak tepu yang membantu dalam pengawalan paras kolesterol di dalam darah.

Kajian mendapati bahawa pengambilan minyak zaitun dalam diet makanan boleh membantu dalam pencegahan penyakit kanser.

Beras Perang

Beras perang mengandungi 3.5 gram serat untuk satu hidangan. Kandungan serat yang tinggi akan membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama.

Coklat

Anda boleh memilih coklat gelap sebagai pengganti kepada coklat yang anda biasa makan. Polifenol di dalam coklat gelap mampu mebantu dalam proses menurunkan berat badan.

Oat

Oat merupakan makanan berkhasiat yang berupaya menurunkan paras kolesterol dalam darah. Pengambilan oat sebagai sumber sarapan amat baik untuk mendapatkan badan yang langsing dan ramping.

Teh Hijau

Teh hijau dipercayai berupaya untuk percepatkan proses pembakaran lemak dan juga menghalang penyerapan lemak arteri.

Tips Pengambilan Makanan

  • Makanan yang diamalkan mestilah makanan sebenar dan bukan makanan yang diproses. Ini kerana makanan yang diproses dicampur dengan pelbagai jenis perasa yang boleh merencatkan proses penurunan berat badan.
  • Elakkan pengambilan makanan yang bergoreng, manis dan masin.
  • Pastikan diet seharian mempunyai semua kumpulan makanan dalam piramid makanan yang seimbang.
  • Pengambilan makanan sekurang-kurangnya 4 hingga 5 kali sehari namun dalam jumlah keperluan kalori badan.

Sumber: Bidadari