in

Cara Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Selamat

cara kempiskan perut

Dalam artikel ini kami akan kongsikan tips cara kempiskan perut dengan cepat secara selamat dan semulajadi. Cara kempiskan perut selepas bersalin turut disediakan.

Tips kesihatan lain: Senarai Khasiat Daun Sup Untuk Kesihatan

Cara Kempiskan Perut

Berikut adalah tips cara kempiskan perut buncit yang boleh anda ikuti yang diambil dari laman Bidadari.

Air Detox Homemade

Air detox atau air jamu periuk homemade membantu badan anda untuk singkirkan toksin dan lemak dibadan termasuk di bahagian perut. Setelah amalkan, anda akan rasa badan menjadi ringan, pembuangan menjadi lawas, berat badan berkurangan, perut pun menjadi kempis.

Air detox homemade ini boleh dibuat di rumah dengan mudah tanpa perlu keluar kos yang besar. Anda boleh buat carian mudah di internet untuk dapatkan resepi air detox atau resipi air detox mudah dan terkini.

Berbengkung

Amalan ini sememangnya dapat membantu untuk kempiskan perut. Orang barat pun turut amalkan berbengkung cuma namanya digelar sebagai corset.

Bengkung bukan sahaja menyokong otot perut, malah apabila anda memakai bengung, secara automatik anda akan makan dengan jumlah yang sedikit atau alami situasi dimana makan sikit sudah rasa kenyang.

Kapur Makan & Limau Nipis

Untuk dapatkan hasil yang cepat, rajinkan diri anda untuk sapu 2 bahan ini ke perut dengan cara mudah iaitu dengan campurkan satu sudu kapur makan dengan air perahan dari sebiji limau nipis. Kemudian kacau sampai sebati dan sapukan ke perut sebelum tidur.

Air Lemon / Air Limau Nipis

Lemak yang berkumpul di pinggang menyebabkan kita menjadi buncit disebabkan oleh kegagalan hati untuk berfungsi secara optimum untuk menyahtoksik.

Dengan mengambil air lemon atau air limau nipis akan meningkatkan enzim yang membantu detox hati yang kemudian membantu hati untuk berfungsi secara optimum.

Air Teh Halia

Dengan bancuh teh hijau panas, ketuk setengah inci halia dan masukkan kedalam air teh hijau panas tadi. Gabungan teh hijau & halia sangat berkesan untuk membuang lemak-lemak yang berkumpul dibadan terutama perut. Boleh gantikan teh hijau dengan teh biasa sekiranya tiada teh hijau.

Elakkan Makan Nasi Bersulam Air

Kebiasaannya kita akan makan sambil minum air. Kalau kita perhatikan, orang-orang zaman dahulu yang sudah tua tapi badan masih gagah macam orang muda tidak amalkan makan nasi sambil bersulamkan air. Mereka akan makan nasi sampai habis, baru minum air.

Sumber: Bidadari