Senarai Khasiat Daun Sup Untuk Kesihatan

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan info mengenai senarai khasiat daun sup untuk kesihatan. Perbezaan daun sup dan saderi juga disediakan.

Artikel menarik lain: Senarai Jenis Pisang Di Malaysia

Khasiat Daun Sup

Berikut adalah khasiat daun sup untuk kesihatan seperti:

  1. Khasiat daun sup untuk buah pinggang
  2. Khasiat daun sup untuk darah tinggi
  3. Khasiat daun sup untuk ginjal
  4. Khasiat daun sup untuk kencing manis

Perbezaan Daun Sup Dan Saderi

Daun sup ditanam bagi tujuan masakan yang menggunakan daun dan batangnya pula untuk masakan seperti salad dan sup.

Manakala saderi pula ditanam untuk dapatkan batangnya yang seakan ‘ubi’ yang boleh dimasak atau dimakan mentah.

Kedua-duanya memiliki khasiat yang lebih kurang sama tetapi terdapat perbezaan dari segi komposisi sebatian kimia dan bahagian tumbuhan yang mempunyai lebih banyak khasiat. Contohnya, saderi pada batangnya manakala daun sup pada akar dan daunnya.

Ada juga yang sering tertukar antara daun sup dengan duan ketumbar kerana kedua-duanya tampak serupa. Namun, duan ketumbar boleh dibezakan dengan baunya yang lebih kuat dan kadang kala ada yang menganggapnya memberikan bau seperti bau pijat.

Petua Pemakanan Tradisional

Daun sup telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai ramuan alternatif dalam perubatan tradisional, terutamanya dalam kalangan masyarakat Cina.

Selain terkenal sebagai herba atau rempah yang beraroma, ianya turut digunakan untuk merawat mereka yang mempunyai masalah kencing tidak lawas, sakit sendi dan kelesuan.

Kaya Dengan Minyak Pati

Kajian ada dilakukan terhadap saringan kandungan minyak pati dalam daun sup. Telah direkodkan bahawa terdapat 28 komponen utama dalam minyak pati daun sup yang aktif. Minyak pati daun sup ini didapati sangat berkesan dalam melawan radikal bebas dan serangan oksidan.

Teh Daripada Daun Sup

Kajian turut dijalankan dan menghasilkan formulasi teh daripada daun sup yang beraroma dan memberikan fungsi biologi terhadap kesihatan manusia. Kajian tersebut diinspirasikan daripada petua tradisi masyarakat Cina yang menggunakan teh daun sup untuk merangsang deria ketenangan supaya mudah tidur.

Kaya Dengan Vitamin Dan Nutrien

Daun sup turut memiliki sejumlah vitamin, garam mineral dan nutrien yang tinggi untuk kegunaan tubuh bagi menjadi lebih sihat. Antara nutrien yang terkandung dalam daun sup ialah zat besi, fosforus, magnesium, vitamin A, vitamin B, vitamin C, serat makanan dan sebagainya.

Nutrien ini membantu dan bertindak sebagai antioksidan yang boleh mencegah berlakunya penyakit atau penuaan awal.

Sumber: https://bidadari.my/khasiat-daun-sup/