in

Senarai Jenis Pisang Di Malaysia

jenis pisang

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan info mengenai senarai jenis pisang di malaysia, gambar pisang, jenis pisang untuk goreng, jenis pisang untuk buat kerepek, jenis pisang buat cekodok dan sebagainya.

Artikel lain: Senarai Jenis Rempah Ratus Dan Fungsi Setiap Satu

Jenis Pisang

Berikut adalah maklumat jenis-jenis pisang yang diambil dari laman Bidadari.

Cara Pisang Tumbuh

Pisang tumbuh di dalam tandan yang tergantung dari puncak pokoknya.

Pisang Yang Boleh Dimakan

Pisang Rastali ( Kelat Keling )

pisang rastali

Pisang rastali mempunyai isi yang berwarna putih. Di pantai Timur, jenis pisang ini lebih popular dengan nama pisang kelat keling. Sebahagian tempat pula menyebutnya dengan nama pisang meda.

Ada sesetengah pendapat pula menyatakan bahawa pisang ini terdapat 3 jenis. Pisang tersebut adalah pisang kelat keling, pisang kelat air dan pisang kelat lega.

Pisang Awak ( Kelat Lega )

pisang awak

Ada juga yang mengelar pisang ini dengan nama pisang Perak, pisang kelat siam dan pisang kelat lega. Pisang ini sangat enak dibuat cekodok, pengat pisang dan sebagainya. Pisang ini juga amat sedap jika direbus dan dibuat lempeng pisang, tak sabar nak mula buat kan.

Pisang Raja

pisang raja

Pisang raja boleh dimakan segar dan ianya lebih sedap jika digoreng. Jenis pisang ini tidak banyak di pasaran tempatan. Ianya juga boleh dijadikan kerepek, direbus, dibuat pengat dan dijadikan bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih ataupun kek. Ia kelihatan agak besar berbanding dengan pisang yang lain.

Pisang Tanduk

pisang tanduk

Pisang tanduk biasanya hanya mempunyai satu atau dua sisir buah sahaja. Jenis pisang ini memerlukan masa lebih kurang lapan bulan untuk berbunga manakala buahnya memerlukan tiga bulan untuk masak. Pisang tanduk sesuai disajikan sebagai pisang goreng dan dijadikan kerepek. Ianya juga boleh direbus dan amat sedap dimakan dengan kelapa parut.

Pisang Raja Udang

pisang raja udang

Struktur isi jenis pisang ini sangat halus dan rasanya amat manis dan sedikit masam. Ia boleh dimakan sebagai pembersih mulut. Selain itu, ianya boleh dibuat cekodok pisang, lempeng atau kek pisang sama seperti pisang kapas. 

Pisang Susu

pisang susu

Jenis pisang ini sememang enak, manis dan rasanya berlemak. Pisang ini jarang dilihat dan dimakan, amat sukar untuk ditemui. Pisang susu mempunyai saiz yang sederhana yang sama seperti pisang emas atau pisang berangan. 

Ketinggian pokoknya amat rendah dan biasanya boleh dicapai dengan tangan. Warna buahnya apabila matang adalah berwarna kuning terang. Ianya mudah dikupas dan tidak sesuai digoreng tetapi amat sesuai dijadikan cekodok, lempeng atau kek pisang.

Pisang Berangan

pisang berangan

Jenis pisang ini kulitnya amat tebal tetapi mudah dikupas. Pisang berangan biasanya disajikan di majlis-majlis keramaian dan jamuan. Ia juga sesuai dijadikan bahan untuk membuat roti canai berperisa pisang. 

Pisang berangan juga enak dijadikan pisang goreng kerana teksturnya tidak lembik. Buah pisang berangan mengandungi pelbagai nutrien. Secara umumnya, ia dapat memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada kita semua.

Pisang Nipah

pisang nipah

Seringkali kita melihat pisang bewarna hijau, salah satunya adalah pisang nipah.  Pisang nipah merupakan salah satu jenis pisang yang popular untuk digoreng dan dibuat kerepek pisang. Jantung ini sesuai untuk dijadikan sayuran atau ulam-ulaman. Ini kerana rasanya tidak pahit atau kelat.

Pisang Emas

pisang emas

Pisang emas biasanya ditanam untuk mendapatkan buah yang sangat sedap. Nama saintifiknya ialah Musa acuminata Colla atau dikenali sebagai ‘Lady’s Finger’. Ia sangat terkenal dalam masyarakat Malaysia malah ada pantun yang dicipta juga menyebut pisang emas dibawa belayar.

Pisang Embun

pisang embun

Pisang Embun merupakan jenis pisang yang besar dan sedap yang turut digemari ramai serta boleh dimakan secara mentah. Untuk pengetahuan anda, biarpun sedap namun pisang ini tidak tahan lama dan perlu dimakan dengan cepat sebelum isinya menjadi lembik dan tidak sedap.

Pisang Toman

pisang toman

Rupa bentuk pisang ini mungkin pernah dilihat oleh sesiapa sahaja. Namanya mungkin kedengaran sedikit unik dan janggal. Kulit pisang yang berwarna hijau dan kuning pucat ini akan mudah ditanggalkan setiap kali dikupas apabila sudah masak. Rasa manis dan segar membuatkan pisang toman ini sesuai dijadikan bahan kuih atau kek.

Pisang Yang Tidak Boleh Dimakan

Selain itu, terdapat juga pisang yang tidak boleh dimakan iaitu berasal dari dua spesies liar, Musa acuminata dan Musa balbisiana.

Sumber: Bidadari