Dalam artikel ini kami akan kongikan cara mandi wajib atau cara mandi junub yang betul menurut saranan JAKIM. Mandi wajib atau mandi junub adalah diwajibkan bagi seseorang muslim untuk bersihkan diri dari hadas besar. Sekiranya tidak dilakukan, seseorang muslim itu tidak boleh mengerjakan solat.
Isi Kandungan
Tunjuk
Cara Mandi Wajib Atau Cara Mandi Junub
Sebelum kita pergi ke langkah-langkah mandi wajib atau mandi junub, berikut adalah beberapa maklumat penting.
Sebab Mandi Wajib
Antara sebab kenapa perlu mandi wajib ialah:
- Keluar mani
- Bersetubuh
- Selepas haid / nifas
- Ketika orang kafir masuk Islam
- Kematian
Mandi wajib tak semestinya mandi lama. Biar cepat, mudah dan ringkas asalkan mandian itu sempurna. Tatacara mandi wajib ini dikongsikan oleh JAKIM untuk lelaki dan perempuan.
Cara Mandi Wajib
Berikut adalah ringkasan cara mandi wajib:
- Niat ketika air sampai ke tubuh.
- Membaca “Bismillah”.
- Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
- Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun.
- Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
- Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air.
- Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
- Meratakan air ke seluruh tubuh badan.
- Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara mandi adalah sama.
Sumber: Semakan Online