Cara Pos Motor Guna Poslaju, Harga Pos Motor Disediakan

Sebenarnya, anda boleh pos motor guna poslaju ke mana-mana sahaja destinasi di seluruh negara. Bagaimanakah caranya? Dalam artikel ini kami akan berikan informasi mengenai cara pos motor guna poslaju dan harga pos motor turut disediakan.

Tips Lain: Koleksi Idea Doorgift Kahwin Cantik, Murah dan Mudah

Cara Pos Motor

Untuk pos motor, sebenarnya tidaklah sukar sangat. Anda cuma perlu bawa motor anda berserta dokumen pemilikan yang lengkap ke pejabat pos laju. Kebiasaannya, pos motor ini banyak dilakukan oleh pelajar universiti atau kolej. Selepas menghabiskan pengajian, ramai yang ingin bawa motorsikal balik ke kampung semula.

Cara Pos Motor Guna Poslaju

Di bawah adalah proses atau cara pos motor guna poslaju untuk panduan anda. Untuk kepastian, dinasihatkan anda bertanyakan proses secara terperinci semasa berada di kaunter pos laju.

  1. Anda hanya perlu bawa motor ande ke pejabat poslaju, pergi ke kaunter untuk mengambil borang pos barang.
  2. Anda akan diberikan 2 borang iaitu:
    • Borang pos barang seperti yang biasa anda isi
    • Borang senarai semak kondisi motor yang akan di pos. Penting kerana keadaan motor anda harus jelaskan dalam borang tersebut.
  3. Selepas kedua-dua borang tersebut lengkap diisi, buat pembayaran mengikut kos atau harga yang ditetapkan ke destinasi di mana motor anda akan dihantar. Harga bergantung kepada jarak destinasi dan CC motorsikal anda.
  4. Jika pembayaran telah dilakukan, bawa motor anda ke kawasan yang dikhaskan oleh pihak pos laju untuk tujuan membuka No. Plat dan ‘Cermin Pandang Sisi’ atau ‘ Side Mirror’. Selepas itu balut motor anda
  5. Selepas selesai dibalut bolehlah anda tinggalkan motor anda untuk pihak poslaju jalankan proses penghantaran.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pos Motor

Berkaitan dengan persoalan dokumen untuk pos motor, pastikan anda membawa dokumen seperti yang disenaraikan di bawah untuk proses pos motor guna poslaju.

Geran Motosikal (kad pemilikan motor) dan juga MyKad (IC) anda. Ini untuk menunjukkan motor yang ingin anda pos itu bukan motorsikal curi.

Jika tidak membawa dokumen yang lengkap, besar kemungkinan pos laju tidak akan menguruskan penghantaran motor anda.

Semak Status Penghantaran Pos Laju (Pos Laju Tracking)

Untuk semak status pos motor anda, anda boleh gunakan pos laju tracking no di salinan dokumen penghantaran anda dan masukkan nombor tracking tersebut ke laman portal di bawah.

Layari Pos Laju Tracking https://www.tracking.my/poslaju

Status penghantaran motor anda akan dipaparkan. Boleh nampak status terkini penghantaran yang telah anda buat.

Sumber: semakanmy.com