Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara semak nama blacklist atau cara cek nama blacklist & cara semakan nama blacklist. Tips cara check senarai hitam online juga disediakan.
Artikel berkaitan: Cara Buat Full Settlement Kereta
Cara Semak Nama Blacklist
Berikut adalah panduan cara semak nama blacklist yang dikongsikan oleh blogmalaysia.
Cara semak nama blacklist (senarai hitam)
Check nama blacklist melalui laporan CTOS
CTOS atau dikenali sebagai Credit Tip-Off Service merupakan sebuah agensi yang merekodkan status kredit individu. Mana-mana pemberi pinjaman akan merekodkan aktiviti pembayaran oleh peminjam di CTOS. Maklumat ini akan reflect rutin peminjam tersebut sama ada mereka merupakan individu yang disiplin dalam pembayaran pinjaman atau tidak.
Sebarang tunggakan juga akan dilaporkan di CTOS dan maklumat ini boleh diakses oleh agensi pemberi pinjam yang lain. Sekiranya skor kredit anda tidak memuaskan, anda akan disenaraihitam dan permohonan pinjaman anda pasti sukar untuk diluluskan. Klik pada pautan ini untuk mengetahui cara mencipta akaun CTOS untuk semak nama blacklist menerusi CTOS secara online.
Semak nama blacklist melalui laporan CCRIS
CCRIS atau Central Credit Reference Information juga merupakan agensi yang merekodkan laporan kredit individu. Berbeza dengan CTOS, agensi ini dikendalikan oleh badan kerajaan iaitu Biro Kredit Bank Negara Malaysia di bawah akta Bank Negara Malaysia 1958.
Manakala CTOS pula dikendalikan oleh syarikat swasta yang berdaftar. Secara amnya, maklumat kredit peminjam akan dikumpulkan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia daripada institusi kewangan dan membuat laporan kredit melalui sistem CCRIS.
Bagi semakan secara online, anda perlu mendaftar akaun eCCRIS terlebih dahulu, Anda boleh klik pada pautan ini untuk megetahui dengan lebih lanjut cara untuk daftar dan semak laporan CCRIS secara online bagi memudahkan lagi urusan anda sebelum membuat sebarang peminjaman.
Check blacklist di Bank Negara Malaysia (BNM)
bagi anda yang mempunyai kekangan masa dan ingin mendapatkan laporan secara fizikal di Bank Negara Malaysia (BNM), anda boleh lah ke kaunter atau kiosk di BNM bagi mendapatkan laporan CCRIS. Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Pergi ke mesin kiosk yang berdekatan.
- Pilih bahasa yang anda ingin gunakan, sama ada Bahasa Malaysia atau English.
- Kemudian, pilih paparan butang Cetak Laporan.
- Masukkan kad pengenalan (MyKad) anda pada slot yang disediakan.
- Seterusnya, tempat untuk scan ibu jari (thumbprint) yang terletak di bawah slot masukkan MyKad akan menyala.
- Scan thumbprint anda.
- Proses semakan mungkin akan mengambil masa selama seminit sebelum ianya dicetak,
- Kemudian, apabila anda mendapat arahan di skrin, keluarkan MyKad anda.
- Tunggu sehingga laporan CCRIS anda dicetak.
- Setelah dicetak, ambil laporan CCRIS anda pada slot Laporan Kredit.
Sumber: blogmalaysia