Cara Buat Full Settlement Kereta

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara buat full settlement kereta dan juga full settlement kereta maybank, full settlement kereta cimb serta maybank hire purchase early settlement.

Artikel berkaitan: Waktu Operasi Maybank 2022 Terkini

Full Settlement Kereta

Berikut adalah panduan cara buat pembayaran penuh kereta dan dapatkan geran kereta yang dikongsikan oleh blog iellakylla.

Cara Buat Pembayaran Penuh Kereta & Dapatkan Geran Kereta

Mula-mula, pergi ke bahagian Hire Purchase Department di Bank yang anda buat loan kereta.

Di kaunter, cakap dengan staff yang anda ingin buat full settlement kereta dan kemudiannya staff akan minta detail seperti nombor plate kereta dan IC untuk semak baki loan anda.

Setelah baki loan telah diberikan, anda boleh buat bayaran dengan cara yang akan diberitahu oleh staff bank tersebut. Kebiasaanya cara yang boleh dilakukan adalah menerusi online banking atau secara cash, bergantung kepada bank anda.

Kemudian setelah sudah withdraw duit, pergi ke bank semula dan pada bahagian pembayaran, cakap pada staff yang anda ingin buat Loan Payoff dan mereka akan berikan borang khas.

Cara Dapatkan Geran Kereta

Setelah selesai, pergi semula ke department Hire Purchase dan minta staff sediakan geran kereta dengan settlement statement dimana statement ini penting untuk menunjukkan bahawa anda sudah selesai membuat full settlement.

Selepas itu, setelah dapat geran kereta anda boleh pergi ke JPJ untuk membuat pembatalan hak tuntutan bank supaya tiada isu bank tarik kereta anda.

Sumber: iellakylla