Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Online Guna CIMB Clicks

Khas untuk anda pengguna CIMB Clicks yang juga ada menyimpan duit Tabung Haji (TH), anda kini boleh link akaun Tabung Haji (TH) dengan akaun CIMB untuk pelbagai urusan secara online. Berikut adalah info lanjut tentang cara link akaun Tabung Haji dengan CIMB dan kemudahan yang boleh digunakan.

Tips lain: Cara Daftar Haji Guna KWSP Secara Percuma

Cara Keluarkan Duit Tabung Haji

Keluarkan Duit Tabung Haji Melalui CIMB

Antara kemudahan terkini yang disediakan oleh CIMBClicks ialah Manage Your Tabung Haji Account, di mana pengguna boleh melakukan urusan berikut:

  • Semakan baki
  • Pemindahan wang dari CIMB ke Tabung Haji
  • Keluarkan duit Tabung Haji
keluarkan duit tabung haji cimb

Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan CIMB

Anda hanya perlu mendaftar akaun Tabung Haji di CIMBClicks dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini:

  1. Login ke laman web www.cimbclicks.com.my
  2. pergi ke menu My Account > Tabung Haji > Click here
  3. Masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad debit anda
  4. Tekan butang Submit
  5. Masukkan nombor TAC yang akan dihantar ke telefon bimbit anda untuk melengkapkan proses pengaktifan.

NOTA: Anda juga boleh pergi ke menu Services > Klik 3 titik pada menu Account Linking > Select Tabung Haji > Click on ‘Link Account’

keluarkan duit tabung haji cimb

Lepas dah disahkan, anda bolehlah buat urusan transaksi Tabung Haji dengan lebih mudah dan selamat, hanya melalui CIMB Clicks. Mudah bukan?

keluarkan duit tabung haji cimb

Caj Pendaftaran & Pemindahan Wang Tabung Haji

Tiada caj yang akan dikenakan untuk mendaftar akaun TH dengan CIMB. Manakala bagi urusan pemindahan wang berikut akan dikenakan caj RM1:

  • Dari akaun CIMB ke akaun Tabung Haji anda
  • Dari akaun CIMB ke akaun 3rd party Tabung Haji
  • Dari akaun Tabung Haji ke akaun CIMB

Jumlah Minimum & Maksimum Transaksi Tabung Haji

Amaun yang dibenarkan untuk transaksi dari Tabung Haji – CIMB dan sebaliknya adalah seperti berikut:

  • Amaun minimum : RM1.00 per transaksi
  • Amaun maksimum: RM10,000.00 per transaksi
keluarkan duit tabung haji cimb

Tempoh & Waktu Urusniaga Tabung Haji

Kemudahan ini disediakan 24 jam sehari. Jadi lepas ni dah mudah nak simpan duit atau keluarkan duit Tabung Haji hanya melalui CIMB Clicks. Bila-bila saja pun boleh buat semakan baki Tabung Haji dalam akaun.

Pertanyaan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kemudahan Tabung Haji via CIMB Clicks, anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan CIMB di +603 6204 7788 atau melalui email cru@cimb.com. Untuk lebih info, sila layari https://www.cimbclicks.com.my/tabung-haji

Sumber: Harian Post