Cara Daftar Haji Guna KWSP Secara Percuma

Kebiasaannya, untuk daftar haji menerusi Tabung Haji, anda dikehendaki untuk menyediakan deposit RM1300 yang boleh dikatakan agak tinggi bagi sesetengah orang. Disebabkan oleh tempoh masa yang lama perlu ditunggu untuk pergi haji setelah membayar deposit, maka wajarlah deposit tersebut diselesaikan dengan segera sekiranya berkemampuan. Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat cara mudah dan percuma untuk berbuat demikian dengan daftar haji guna KWSP?

Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari Secara Online, Minimum RM50 Maksimum RM500 Sebulan

KWSP atau nama penuhnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu anda menyimpan wang buat hari tua dimana wang yang disimpan boleh dikeluarkan pada ketika usia anda mencecah 55 tahun.

Namun begitu, anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang tersebut pada tempoh awal sebelum 55 tahun untuk pelbagai kegunaan seperti yuran pengajian, bil perubatan ataupun untuk menunaikan haji.

Cara Daftar Haji Menggunakan KWSP

Berikut merupakan cara mudah untuk daftar haji guna KWSP tanpa deposit RM 1300:

Syarat Daftar Haji

Untuk mula mendaftar haji menerusi KWSP, anda dikehendaki:

  1. Mempunyai akaun Tabung Haji.
  2. Jumlah dalam Akaun 1 KWSP melebihi RM1300.

Cara Daftar Haji Guna KWSP

Berikut adalah cara mudah untuk daftar haji melalui KWSP:

  1. Pergi ke mana-mana kiosk KWSP terdekat dengan anda untuk mencetak penyata kewangan semasa. Anda juga boleh cetak dari laman web rasmi KWSP.
  2. Pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji terdekat dengan anda dan pergi ke kaunter daftar haji.
  3. Tunjukkan penyata kewangan semasa KWSP dan Kad Pengenalan anda di kaunter daftar haji. Tidak perlu untuk tunjuk buku akaun Tabung Haji anda.
  4. Sign dan cop jari untuk lengkapkan proses daftar haji.

Soalan Lazim Daftar Haji

Soalan: Adakah jumlah dalam Akaun 1 KWSP akan ditolak RM1300 untuk tujuan daftar haji?

Jawapan: TIDAK. Pihak Tabung Haji hanya perlu untuk menyemak kelayakan anda sahaja. Tiada sebarang penolakan duit dari Akaun 1 KWSP anda.

Sumber: Fahmi Hamid

Leave a Comment