Karangan Jenis Ucapan : Format & Contoh Panduan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai karangan ucapan seperti format ucapan & contoh karangan ucapan

Lain: Faedah Menabung (Contoh Karangan)

Karangan Ucapan

Berikut adalah maklumat mengenai karangan ucapan yang dikongsikan oleh laman Karangan Jenis Ucapan: Format dan Contoh Panduan (fuh.my)

Karangan Jenis Ucapan

Salah satu karangan penting adalah karangan jenis ucapan. Karangan ini lazimnya dibut ketika berlakunya sesebuah majlis. Antara majlis yang mempunyai ucapan adalah seperti:

  • Majlis perasmian
  • Majlis perpisahan
  • Majlis meraikan seseorang
  • Majlis mengingati hari tertentu

Gelaran / Panggilan

Dalam karangan ucapan, setiap gelaran dan panggilan kepada jemputan yang hadir perlulah bersesuaian.

Sebagai contoh, gelaran atau panggilan untuk individu berikut adalah seperti:

  • Yang di-Pertuan Agong: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong
  • Yang di-Pertua Negeri: Tuan Yang Terutama
  • Perdana Menteri Malaysia: Yang Amat Berhormat
  • Timbalan Perdana Menteri: Yang Amat Berhormat
  • Menteri/Timbalan Menteri: Yang Berhormat
  • Wakil Rakyat/Adun: Yang Berhormat

Format Karangan Ucapan

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian dalam format karangan ucapan iaitu:

i) Pengenalan

Setiap ucapan perlu dimulakan dengan kata-kata aluan.

Kata-kata aluan ini perlu disusun mengikut protokol atau tahap kedudukan para jemputan yang hadir di dalam sesebuah majlis.

ii) Isi

Isi lazimnya dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur majlis yang kemudiannya disusuli dengan menyebut tujuan ucapan.

Isi ucapan perlu tertumpu kepada memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, atau peringatan kepada hadirin yang hadir.

Letakkan 1 atau 2 kata penghadapan sebelum memulakan isi baharu untuk menarik perhatian seperti hadirin yang dihormati sekalian.

Adalah digalakkan untuk memasukkan kiasan, pantun atau peribahasa supaya ucapan tersebut menjadi lebih menarik.

iii) Penutup

Ucapan penutup perlu menjurus kepada menyatakan tanda penghargaan dan hasrat.

Selain itu, ucapan penutup pula perlu mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan, kesimpulan.

Ucapan penutup perlu disudahi dengan ucapan terima kasih dan mengucapkan salam kepada hadirin yang hadir terutamanya kepada jemputan yang diraikan.

Contoh Karangan

Contoh karangan ucapan yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

i) Contoh karangan 1

Soalan: Majlis sambutan Hari Guru akan diadakan di dewan sekolah anda. Selaku wakil murid, anda diminta menyampaikan ucapan. Sediakan teks ucapan selengkapnya.

karangan ucapan

ii) Contoh karangan 2

Soalan: Satu majlis jamuan telah diadakan kerana meraikan kejayaan pasukan bola baling sekolah anda. Selaku ketua pasukan, anda diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tulis ucapan anda selengkapnya.

karangan ucapan

Sumber: Karangan Jenis Ucapan: Format dan Contoh Panduan (fuh.my)