Faedah Menabung (Contoh Karangan)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai faedah menabung, kebaikan menabung, kelebihan menabung dan contoh karangan faedah menabung spm untuk panduan anda.

Contoh karangan lain: Kepentingan Pokok Bakau (Contoh Karangan)

Faedah Menabung

Berikut adalah faedah menabung

Faedah Menabung SPM

Berikut adalah contoh karangan faedah menabung:

Memupuk Nilai-Nilai Murni

Sifat berjimat cermat dan tidak boros secara langsung dapat dipupuk dengan amalan menabung. Dengan adanya tanggungjawab menabung dalam diri individu setiap duit/wang yang dibelanjakan pastinya dicongak secara berhemah berapakah perlu dibelanjakan dan berapakah perlu di tabung serta membeli barang keperluan harian/bulanan berdasarkan keutamaan.

Nilai-nilai murni ini sekiranya diamalkan di sesebuah institusi keluarga kesannya kepada sumber kewangan institusi keluarga tersebut dan sifat-sifat seperti bertanggungjawab, berjimat cermat dan tidak boros diterapkan dalam kehdipun harian, bukan sahaja melibatkan kewangan malahan akhlak dan keperibadian individu dan institusi keluarga.

Persediaan Untuk Melanjutkan Pelajaran

Dengan adanya tabungan seseorang pelajar itu telah membuat persediaan melanjutkan pelajaran ke IPTA atau ke IPTS. Duit tabungan digunakan untuk membayar yuran pengajian sepanjang tempoh pengajian dan tidak terlalu bergantung kepada pinjaman atau biasiswa yang disediakan oleh kerajaan/ Syarikat Berhubung Dengan Kerajaan (GLC).

Melanjutkan Pendidikan ke Universiti/Kolej pastinya memerlukan wang/duit lebih semasa pendaftaran pengajian sebelum mendapat pinjaman Pendidikan bagi mereka yang mempunyai tabungan tidak seberapa, tetapi sekurang-kurangnya ada.

Sumber Penambahan Wang/Duit

Duit/wang tabungan dimasukkan ke dalam saham-saham amanah/ unit trust/ koperasi. Hasil simpanan/tabungan tersebut akan mendapat dividen setiap tahun kewangan di mana duit tersebut dilaburkan. Secara langsung wang tabungan akan bertambah tahun ke tahun.

Wang Simpanan/ Tabungan Bagi Kegunaan Semasa Kecemasan

Duit tabungan boleh digunakan sekiranya berlaku kecemasan dan perkara yang tidak dirancang perbelanjaan. Sebagai contoh Membantu ahli keluarga yang ditimpa musibah seperti banjir, kemalangan dan sebagainya.

Mengurangkan Bebanan Ibu Bapa

Hasil tabungan yang dibuat dapat membantu meringkan bebanan ibu bapa kerana duit tersebut digunakan bagi membeli keperluan pendidikan seperti yuran sekolah, membeli buku teks, peralatan sukan dan sebagainya. Ibu bapa past berbangga dan bersyukur dengan anaknya kerana mempunyai tanggungjawab dan nilai membantu dalam keluarga.

Membudayakan Amalan Menabung

Amalan menabung dapat dibudayakan di dalam institusi keluarga. Budaya ini dapat disemai kepada anak-anak dari kecil lagi. Apabila amalan ini menjadi satu kelaziman dalam keluarga maka generasi seterusnya pasti akan mengikutinya, tambahan lagi amalan ini amalan yang baik dan dapat mendisplinkan anak-anak.

Simpanan Untuk Masa Hadapan

Wang/duit yang disimpan akan digunakan untuk masa hadapan, dari belajar sehinggalah berumah tangga. Duit tersebut boleh digunakan semasa menyambung pendidikan, pekerjaan, perkahwinan, membuat /membeli rumah dan seterusnya.

Sumber: https://www.mywilayah.com/2020/11/faedah-menabung.html