Qada Solat : Niat, Panduan & Bacaan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Niat qada solat & panduan ganti solat fardhu

Lain: Panduan Cara Solat Jenazah

Apa itu Qada Solat

Qada bermaksud menunaikan dan membayar. Manakala, Qada solat bermaksud menggantikan solat fardu yang telah ditinggalkan atau terlepas.

Jika seseorang meninggalkan solat dengan sengaja mahupun dengan keuzuran, maka wajib bagi dirinya untuk menggantikan solat tersebut.

Bila Boleh Qada Solat

Bagi waktu qada solat, anda boleh qada solat fardhu yang ditinggalkan pada bila-bila masa sahaja – walaupun pada waktu yang diharamkan solat.

Panduan Ganti Solat Fardhu – Qada Solat

Berikut adalah cara qada solat dan panduan ganti solat fardhu

Niat Qada Solat

1. Solat Subuh:

Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

2. Solat Zuhur:

Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

3. Solat Asar:

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

4. Solat Maghrib

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

5. Solat Isyak

Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala

Bacaan & Tata Cara Qada Solat

Bacaan dalam qada solat dan tatacara menunaikannya adalah sama seperti solat fardu biasa. 

Cara Qada Solat Jika Terlupa Bilangan Solat Yang Ditinggalkan

Sekiranya anda terlupa atau tidak pasti berapakan bilangan solat ditinggalkan yang perlu di ganti, anda boleh qada solat mengikut anggaran berdasarkan ingatan anda sebaik mungkin. 

Anda boleh lakukan qada’ sebanyak mana yang dirasa cukup untuk meyakinkan diri sendiri bahawa kewajipan menggantikan solat yang ditinggalkan telah dipenuhi. 

Diharapkan info qada solat di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Niat Qada Solat – Panduan Ganti Solat Fardhu (ecentral.my)