Cara Hilangkan Bau Hapak Kereta (Serta Tempat Lain)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan tips dan petua cara hilangkan bau hapak karpet, hilangkan bau hapak kereta atau hilangkan bau hapak bilik dengan penyerap bau hapak cara tradisional.

Tips menarik lain: Petua Cara Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta Dengan Mudah

Cara Hilangkan Bau Hapak Kereta

Berikut adalah cara hilangkan bau hapak kereta atau cara hilangkan bau hapak karpet dalam kereta.

Lemon atau Limau Kasturi

Jika kereta anda terkena tumpahan cecair atau minyak, basuh kesan tersebut seperti biasa dan kemudian, perahkan lemon atau limau kasturi pada bahagian yang masih berbau. Biarkan seketika selepas perah dan kemudian bilas seperti biasa untuk hilangkan bau hapak tersebut.

Jus lemon atau limau kasturi juga boleh digunakan sebagai bilasan spray semulajadi. Mudah sahaja untuk buat spray ini dengan perahkan pati lemon dengan sedikit air dan campurkan sedikit cuka untuk melawan kulat dan bau hapak.

Hilangkan Bau Hapak Kereta Dengan Daun Pandan

Untuk hilangkan bau hapak guna daun pandan, anda hanya perlu letakkan simpulan daun pandan di dalam kereta anda.

Limau Purut

Selain lemon dan limau kasturi, anda juga boleh membuat spray kereta menggunakan cara yang sama seperti lemon dan limau kasturi. Hanya perahkan pati limau purut dan campurkan dengan air.

Arang

Arang merupakan salah satu agen penghilang bau yang berkesan. Anda boleh letakkan arang dalam bekas plastik dan biarkan terbuka sahaja di lantai kereta. Atau cara lain adalah dengan bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letakkan di kawasan yang berhampiran dengan bau hapak itu.

Serbuk Kopi

Selain arang, serbuk kopi juga merupakan agen penghilang bau yang berkesan. Caranya mudah sahaja, letakkan serbuk kopi di dalam bekas dan letakkan bekas tersebut di atas lantai kereta. Biarkan semalaman dan bau hapak akan hilang.

Jemur Kereta

Ini adalah cara mudah iaitu dengan menganginkan atau menjemur kereta. Cara ini berkesan bukan sahaja untuk bau hapak tapi juga untuk bau barang basah seperti ikan, ayam dan daging. Anda juga boleh menjemur kereta untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.

Sumber: Therohani