Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara tukar nama TNB online bagi penyewa & pemilik dengan mudah dan cepat.
Lain: Cara Mohon Meter TNB Online
Cara Tukar Nama TNB
Berikut adalah info mengenai cara tukar nama TNB yang dikongsikan oleh laman √ Cara Tukar Nama TNB Online Penyewa atau Pemilik (carasemak.com)
Cara Tukar Nama TNB Online
Dokumen yang diperlukan
Sebelum membuat penukaran pastikan Anda sediakan beberapa syarat dan dokumen dibawah.
- Salinan Kad Pengenalan Penyewa
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik
- Salinan perjanjian S&P atau Salinan perjanjian Sewaan
- Surat kebenaran untuk akaun TNB sendiri dari pemilik (jika menyewa)
- Copy syarikat jika menyewa atas nama syarikat
Kelebihan Tukar Nama TNB
Berikut adalah kelebihan menukar nama TNB yang dapat Anda perolehi.
- Pengguna/penyewa yang sebenar perlu bertanggungjawab terhadap bil elektrik
- Pengguna/penyewa dapat akses secara terus terhadap caj bil elektrik
- Memberikan keselamatan dan ketenangan kepada pemilik premis jika penyewa tidak membayar kerana liabiliti adalah keatas pengguna selepas tukar nama TNB
Cara Tukar Nama Bil Elektrik Rumah
Langkah ganti nama bil elektrik rumah sangat mudah, jom ikuti langkah berikut.
- Pergi ke mana-mana cawangan TNB yang terdekat.
- Isikan borang tukar nama, masukkan maklumat yang diperlukan secara detail.
- Sila buat pembayaran dan urusan tukar nama.
- Selesai.
Cara Tukar Nama TNB Online
Sila gunakan peranti komputer atau telefon bimbit Anda, kemudian ikuti panduan berikut.
1. Lawati pautan rasmi TNB di https://www.mytnb.com.my/
2. Masukkan Alamat Email Anda.
3. Masukkan Password.
4. Klik Login.
5. Selepas login, pilih I am moving in. Get me Started!
6. Isikan butiran alamat premis yang Anda duduki berpandukan bill elektrik berdekatan.
7. Maklumat tentang permis tersebut akan dipaparkan.
8. Periksa semua maklumat Anda, klik Next.
9. Isikan maklumat berkaitan yang diperlukan.
10. Isikan Maklumat Peribadi Anda secara detail.
11. Sila Muat Naik dokumen yang berkaitan.
12. Tick semua checkbox.
13. Klik Submit.
14. Proses permohonan & penghantaran dokumen selesai.
15. Selepas permohonan Anda di teliti oleh TNB dan diluluskan Anda akan menerima email yang mengandungi Demand Letter dari pihak TNB.
16. Surat ini bertujuan untuk memberikan detail bayaran.
17. Anda dapat membuat bayaran seperti yang dimaklumkan sama ada di kedai TNB atau secara online melalui FPX, Credit Card atau Debit Card.
18. Selepas pembayaran, Anda akan menerima email pengesahan dan kelulusan akaun Anda.
19. Selesai.
Cara Menukar Nama TNB di Kaunter
Sekiranya Anda menggunakan kaedah ini, Anda perlu hadirkan diri ke cawangan TNB terdekat.
Yang perlu Anda sediakan:
- Salinan IC penyewa
- Salinan IC pemilik
- Cop syarikat sekiranya menyewa atas nama syarikat
- Salinan perjanjian S&P atau Salinan perjanjian Sewaan
- Surat kebenaran untuk akaun TNB sendiri dari pemilik (sekiranya menyewa)
Kemudian pergi ke kedai atau kaunter TNB, minta borang penukaran nama TNB seterusnya isikan borang tersebut dan bagi balik ke pegawai kaunter.
Buat pembayaran untuk proses agar proses penukaran nama berjaya.
Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda. Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan yang berkaitan dengan TNB Anda dapat menghubungi TNB Careline 1-300-88-5454 atau layari laman web www.mytnb.com.my
Sumber: √ Cara Tukar Nama TNB Online Penyewa atau Pemilik (carasemak.com)