Cara Ukur Saiz Cincin Yang Betul Untuk Lelaki & Perempuan

Cincin adalah antara perhiasan yang disukai wanita. Sekiranya anda ingin menghadiahkan cincin kepada pasangan anda tidak kira lelaki atau perempuan, pastikan anda tahu dahulu cara ukur saiz cincin di jari yang betul. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan tips tersebut.

Cara Ukur Saiz Cincin

Ikuti langkah berikut untuk ketahui cara ukur saiz cincin perempuan dan cara ukur saiz cincin lelaki.

Cara Ukur Jari Untuk Beli Cincin

Sebelum itu, pastikan anda mempunyai peralatan seperti pen atau pensel, kertas dan pembaris. Untuk cara ukur jari untuk beli cincin, lihat langkah di bawah dan gambar yang disediakan:

  1. Potong sedikit kertas
  2. Lilit kertas di jari. Pastikan ketat
  3. Tandakan dengan pen di hujung kertas yang bertemu
  4. Ukur kertas dengan pembaris dari hujung ke tanda pen tersebut
cara ukur saiz cincin

Cara Ukur Lilit Jari

Kemudian berpandukan panjang tersebut yang telah anda perolehi, tentukan saiz anda berdasarkan dalam gambar di bawah ini. Sebagai contoh, jika saiz jari adalah 4.6 cm maka saiz cincin yang sesuai dibeli adalah saiz 6.

cara ukur saiz cincin

Cara Ukur Diameter Cincin

Cara lain yang boleh anda gunakan untuk cara ukur saiz cincin adalah dengan mengukur diamater dalam cincin itu sendiri (gambar di bawah) dan rujuk pada rajah dalam gambar di atas untuk lihat saiz cincin anda.

cara ukur diameter cincin

Untuk tutorial video, anda boleh lihat di sini: Video Cara Ukur Saiz Cincin

Sumber: Hello Kerja