Contoh Surat Pengesahan Majikan Untuk Pelbagai Fungsi

Contoh Surat Pengesahan Majikan atau Surat Pengesahan Jawatan biasanya diperlukan dalam pelbagai fungsi seperti berikut:

  1. Surat Pengesahan Majikan untuk buka akaun bank
  2. Surat Pengesahan Majikan untuk pinjaman bank
  3. Surat Pengesahan Majikan untuk urusan rasmi
  4. Surat Pengesahan Majikan untuk memohon bantuan
  5. Surat Pengesahan Majikan untuk pendaftaran UPU

Diatas hanyalah beberapa tujuan Surat Pengesahan Jawatan diperlukan. Terdapat pelbagai jenis fungsi sebenarnya.

Surat Pengesahan Majikan adalah dokumen paling penting yang diperlukan oleh institusi kewangan atau badan tertentu untuk mengetahui kadar gaji dan bonus serta tempoh perkhidmatan bagi memastikan seseorang pekerja layak kredit atau membuat pinjaman.

Contoh Surat Lain: Contoh Surat Letak Jawatan

Surat Pengesahan Majikan

Apakah Perkara Yang Perlu Ada Dalam Surat Ini?

Secara umumnya, Surat Pengesahan Majikan memerlukan pengesahan majikan dan beberapa butiran penting iaitu:

  • Nama syarikat
  • Alamat pejabat
  • Nama pekerja
  • Kad pengenalan pekerja
  • Tempoh / tarikh berkhidmat
  • Status jawatan
  • Gaji pokok
  • Elaun tambahan

NOTA: Pastikan anda mencetak surat ini menggunakan letterhead syarikat. Berikut adalah beberapa contoh Surat Pengesahan Majikan atau Surat Pengesahan Jawatan yang boleh anda muat turun dan edit sendiri dalam versi WORD.

Contoh Surat Pengesahan Majikan

Dalam contoh yang pertama ini dilampirkan Contoh Surat Pengesahan Majikan untuk loan atau beli rumah yang perlu dikemukakan kepada pihak bank.

Anda boleh nyatakan juga dalam surat jika anda ingin membuat potongan gaji terus untuk pembayaran balik pembiayaan pinjaman yang diberikan oleh pihak bank.

contoh surat pengesahan majikan

Contoh Surat Pengesahan Jawatan

Dalam contoh yang kedua ini dilampirkan Contoh Surat Pengesahan Jawatan yang dilampirkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web rasmi spa.gov.my.

Ruj. Tuan:

                                                                                                Ruj. Kami:

                                                                                                Tarikh     :

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Perkhidmatan
Aras 8, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 PUTRAJAYA

Tuan,

SURAT PENGESAHAN JAWATAN DAN BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN

Dengan ini disahkan bahawa penama di bawah merupakan pegawai kami di Syarikat ………………………………………………..

Berikut adalah butir-butir perkhidmatan beliau:

1.         Nama                                     : 

2.         No. Kad Pengenalan          :

3.         No. Pekerja/No. Gaji            :

4.         Tarikh Mula Berkhidmat     :

5.         Tarikh Meletak Jawatan      :

6.         Jawatan

7.         Bahagian                              : 

8.         Status Jawatan                    : ( Tetap / Kontrak / Sementara / Sambilan )

9.        Gaji Pokok

10.       Gaji Pokok

           (termasuk elaun)                :

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………………………..

(Nama Pegawai Yang Mengesahkan)

Nama / Cop Syarikat

Muat Turun Sampel Surat Pengesahan Majikan

Surat pengesahan jawatan ini boleh disesuaikan mengikut tujuan kegunaan masing-masing.

Yang penting, anda perlu fahamkan betul-betul butiran apakah yang diperlukan oleh pihak yang memerlukan surat ini supaya anda boleh memberi maklumat yang lengkap.

Anda boleh muat turun Contoh Surat Pengesahan Majikan PDF versi WORD yang boleh di edit mengikut kesesuaian.

Sumber: Harian Post