Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara check balance umobile (u mobile check balance) untuk postpaid dan prepaid dari segi baki kredit & data internet.
Tips lain: Cara Login BSN Online MyBSN Internet Banking (BSN Log In)
Check Balance Umobile
Ikuti langkah berikut untuk ketahui cara check balance umobile prepaid, umobile check balance number, cara check balance umobile postpaid dan cek baki umobile prepaid.
Apa itu Umobile?
Umobile atau U Mobile adalah salah satu syarikat telekomunikasi terkenal di Malaysia yang menawarkan pelan penggunaan antara yang termurah.
Cara Check Baki Umobile
Cara Check Baki U Mobile Melalui *118#
Check balance umobile prepaid
- Buka dialpad telefon pintar/bimbit anda.
- Kemudian, dial *118#*8. Tekan Call.
- Baki kredit anda akan tertera di skrin.
Check balance umobile postpaid (semak data balance sahaja)
- Anda hanya boleh semak penggunaan data (data usage) di dialpad telefon anda. Pertama sekali, buka dialpadtelefon pintar/bimbit anda.
- Kemudian, dial *118#. Menu akan tertera.
- Pilih U Broadband.
- Kemudian, pilih <Check Usage>.
- Tunggu sehingga anda mendapat SMS. Anda akan mendapat SMS yang mengandungi data balance
Cara Cek Baki U Mobile Guna SMS
Cek baki umobile prepaid
- Buka bahagian Text Message di telefon anda.
- Kemudian, taip BAL. Hantarkan ke 28118.
- Anda akan menerima SMS yang menunjukkan baki kredit anda.
Cek baki umobile postpaid
- Buka bahagian Text Message di telefon anda.
- Kemudian, taip PLUS1. Hantarkan ke 28118.
- Anda akan menerima SMS yang menunjukkan maklumat baki bill postpaid
Cara Check Balance UMobile Guna Aplikasi MyUMobile
Ikuti langkah berikut untuk cara check balance u mobile guna MyUMobile:
- Pertama sekali, pergi ke Play Store dan download aplikasi ini untuk Android, atau download aplikasi ini di App Store untuk iOS.
- Kemudian, buka aplikasi dan masukkan nombor telefon anda.
- Anda akan mendapat SMS daripada UMobile yang mengandungi kod pengesahan.
- Masukkan kod pengesahan tersebut.
- Hantarkan, dan pendaftaran nombor telefon anda pada aplikasi berjaya.
Cara Semak Baki UMobile MyUMobile
- Buka aplikasi.
- Kemudian, pergi ke Menu Bar di bahagian atas kiri skrin telefon anda.
- Anda boleh semak baki kredit untuk prepaid dan semak baki bil untuk postpaid, pada menu yang tertera.
Sumber: Therohani