Kata Kerja

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Maksud kata kerja & ayat contoh kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif dari laman BAHASA MELAYU – TATABAHASA: KATA KERJA (akiandhy12.blogspot.com)

Lain: Kata Hubung

Maksud Kata Kerja

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan. Dalam sesebuah ayat, kata kerja berfungsi sebagai predikat. Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (Perbuatan Melampau) dan kata kerja tak transitif (Perbuatan tidak Melampau). Menurut (Nik Safiah Karim et al. 2009), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu, kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Jenis Kata Kerja

Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan β€˜me-β€˜ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan seperti mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Contoh Kata Kerja Transitif

Ali menyepak bola.
Mereka memancing ikan.

Berdasarkan contoh di atas, jelas perbuatan menyepak, memancing tersebut terkena kepada orang atau benda lain.

Contoh:

Kucing itu menangkap seekor burung.
Perempuan itu menjual sayur.
Bapa itu sedang menulis surat.

Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh:

Subjek                      Kata Kerja Transitif                Objek
  1. Kakak memasak kari ayam.
  2. Farid menendang bola.
  3. Sabri menulis surat.

Jenis Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis:

a) Kata kerja transitif aktif- berfungsi dalam ayat aktif
Anisah mencuci pakaian di tepi sungai.

b) Kata kerja transitif pasif- berfungsi dalam ayat pasif
Pakaian dicuci oleh Anisah di tepi sungai.

Kata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.

Jenis Kata Kerja Tak Transitif

a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et al. 2009) . Contoh:

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Pelengkap

1.Adik bermain di padang.
2.Alias tinggal di Kedah.

b) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Contoh:

Subjek Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Keterangan
1.Mereka makan di sawah.
2.Mereka membeli-belah di Ipoh.

Latihan Kata Kerja

Tandakan ( / ) bagi setiap ayat transitif dan tandakan ( x ) bagi ayat tak transitif di bawah ini.

  1. Siti menangis. ( )
  2. Safuan memancing ikan. ( )
  3. Ibu masih bersolek. ( )
  4. Hujan belum turun. ( )
  5. Kamal melukis gambar bunga. ( )
    6.Ah Lim menjual kereta Proton. ( )
  6. Asiah menyimpan wang. ( )
  7. Farah belum tidur lagi. ( )
  8. Kambing makan daun. ( )
  9. Matahari akan terbit dari timur. ( )

Sumber: BAHASA MELAYU – TATABAHASA: KATA KERJA (akiandhy12.blogspot.com)