Contoh Surat Perjanjian Pinjaman Duit Untuk Kawan

Menjadi perkara biasa apabila ada rakan-rakan baik atau saudara mara yang ingin meminjam duit dari kita kerana terdesak. Tapi menjadi satu masalah sekiranya mereka culas untuk membayar balik dan anggap seperti tiada apa yang berlaku. Dalam artikel ini kami akan tunjukkan contoh surat perjanjian pinjaman duit untuk kawan.

Seorang pengguna Twitter, @syafiqbahtiar, berkongsikan tips dan cara membuat borang atau surat perjanjian pinjaman yang mudah supaya semua orang boleh turut buat secara sendiri dengan cepat.

Dengan adanya surat perjanjian pinjam duit ini, ianya dikira sebagai dokumen hitam putih yang boleh digunakan jika penghutang tidak mahu membayar balik duit anda. Tidaklah anda berputih mata dikemudian hari.

Contoh Perjanjian Pinjam Duit

Berikut merupakan contoh surat perjanjian pinjaman duit yang anda boleh buat sendiri menggunakan Microsoft Word atau terus print dari gambar di bawah ini.

Menurut Syafiq Bahtiar lagi, “jangan jadi Ah Long pula kasi duit dekat ramai-ramai orang. Ini untuk one off sebab nak tolong kawan-kawan sahaja. Kalau tidak, akan menyalahi undang-undang. Juga, jangan promosi riba melalui Late Payment Interest”.

pinjaman duit
perjanjian pinjaman
contoh perjanjian pinjam duit