Contoh Surat Tunjuk Sebab

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan koleksi contoh surat tunjuk sebab, format surat tunjuk sebab, alasan surat tunjuk sebab yang biasa digunakan untuk menjawab surat tunjuk sebab.

Surat Tunjuk Sebab

Format Surat Tunjuk Sebab

Surat tunjuk sebab merupakan salah satu urusan rasmi, jadi format surat rasmi perlu digunakan. Surat tunjuk sebab ini perlu dikemukakan apabila ingin memberitahu sebab atas tindakan tertentu seperti tidak hadir ke mesyuarat, tidak hadir ke kerja dan sebagainya.

Surat tunjuk sebab ini boleh ditulis dan disertakan dengan sebab serta alasan terhadap sesuatu perkara yang telah dilakukan. Contohnya ialah :

  • Sertakan kesalahan yang telah dilakukan.
  • Nyatakan sebab dan punca kesalahan itu terjadi.
  • Nyatakan janji anda agar perkara tersebut tidak berulang lagi.

Alasan Surat Tunjuk Sebab

Antara contoh alasan surat tunjuk sebab yang biasa digunakan jika menjawab surat tunjuk sebab adalah seperti berikut:

  1. Kebimbangan pandemik Covid -19 yang semakin menular di kawasan sekitar
  2. Menjalani kuarantin wajib
  3. Berada di luar negara
  4. Melawat Orang Sakit
  5. Balik Kampung
  6. Sakit Perut dan lain-lain yang tidak mendapat rawatan tiada surat cuti sakit
  7. Urusan Kematian
  8. Urusan Keluarga
  9. Kenderaan Rosak
  10. Anak demam

Banyak lagi alasan-alasan lain yang biasa diberikan kerana menjawab surat tunjuk sebab. Jika anda boleh sertakan surat contohnya bil baiki kereta jika sebab tidak hadir kerana kenderaan rosak lebih menguatkan lagi alasan anda.

Contoh Surat Tunjuk Sebab

Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja

Berikut merupakan contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja. Pastikan alasan kukuh, dan tidak dibuat-buat supaya majikan anda boleh terima.

Tarikh :

Pengurus,

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN KERJA

Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya tidak dapat hadir kerja pada .

  1. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana . .
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………

Contoh surat tunjuk sebab lewat hadir kerja

Berikut merupakan  surat tunjuk sebab lewat hadir kerja yang boleh digunakan.

Tarikh :

Pengurus,

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB LEWAT HADIR KERJA

Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya lewat hadir kerja pada .

  1. Sebab kelewatan saya ialah kerana .
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya kelewatan saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika lewat datang kerja pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………

Contoh Surat Tunjuk Sebab Tak Hadir Ke Sekolah 

Berikut merupakan surat tunjuk sebab lewat hadir sekolah yang boleh digunakan.

Abu Bin Bakar,

No. 70, Jalan Mega Jaya 1,

Taman Mega Jaya,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

———————————————————

Guru Darjah 1 Cerdik,

Sekolah Menengah Mega Jaa,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.                                              2 Disember 2020

Tuan / Puan,

Tidak Hadir Sesi Persekolahan Pada 1 Disember 2020

Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan yang anak saya <NAMA ANAK> atas urusan keluarga.

  • Saya Abu Bin Bakar, bapa kepada <NAMA ANAK> dari Darjah 1 Cerdik dukacita memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 1 Disember 2020.
  • Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh berkenaan kerana perlu bersama keluarga menghadiri majlis perkahwinan abangnya di Johor/Ada pembacaan wasiat keluarga/ada konflik keluarga/ada urusan yang agak privasi berkaitan keluarga yang perlu diselesaikan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………….

Abu Bin Bakar

Sumber: Portalcikgu