Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Copastin Ubat Batuk : Kegunaan, Dos & Kesan Sampingan diatas pengambilan.
Lain: Zinclofer : Fungsi, Kegunaan, Kandungan Ubat
Apa itu Copastin
Copastin adalah sejenis tablet yang digunakan untuk merawat batuk kering.
Ramai yang mengenalinya sebagai tablet hijau pucat berbentuk bulat yang bersalut filem, dengan satu bahagian ditandakan dengan “C”.
Kandungan Copastin
Tablet ini mengandungi bahan aktif dan bahan tak aktif. Bahan aktif yang terkandung adalah Cloperastine Hydrochloride.
Manakala bahan tidak aktifnya pula adalah Lactose, Carboxymethylcellulose Calcium, Starch, Magnesium Stearate, Neusilin, Opandry II Green, dan Purified water.
Fungsi Copastin
Copastin Tablet merupakan sejenis agen antitusif bukan narkotik yang berfungsi untuk mencegah batuk tidak produktif. Ia bertindak pada pusat batuk dalam otak untuk menyekat refleks batuk.
Ubat ini mempunyai kesan melegakan batuk yang kuat, tindakan seperti papaverine (untuk rawatan kekejangan jantung dan otak) dan kesan antihistamina yang ringan.
Cara pengambilan Copastin
Copastin perlu diambil dengan tetap dan selama mana mengikut nasihat doktor anda. Namun dos yang disyorkan bagi orang dewasa adalah 1-2 tablet setiap hari.
Manakala untuk kanak-kanak, ubat ini masih belum direkodkan selamat untuk digunakan.
Diharapkan artikel copastin di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Sumber: Copastin: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan