Resepi Prosperity Burger Khairul Aming

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Resepi Prosperity Burger Khairul Aming ala MCD guna Oblong Ramly yang dikongsikan oleh laman Resepi Prosperity Ala McD Khairul Aming (Guna Oblong Ramly) (ecentral.my)

Lain: Resepi Roti Boy Homemade Sama Seperti Di Kedai

Resepi Prosperity Burger Khairul Aming

Berikut adalah resepi burger Oblong Ramly ala Prosperity Khairul Aming:

Resepi Burger Oblong Ramly Ala Prosperity Khairul Aming

Resepi dan cara penyediaan McMing Prosperity adalah seperti berikut

Bahan-bahan :

  • Roti oblong
  • Ramly Oblong Daging (Ramly laku keras, mungkin susah nak cari stok!)
  • Bawang holland 1 biji (hiasan)

Bahan untuk Kuah :

  • 2 sudu butter
  • 1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 paket Cendawan shittake
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu sos tiram
  • Kicap manis (1 sudu / agak-agak)
  • 1 kiub pati lembu
  • Lada hitam (hancurkan guna giling atau blend kan. Jangan guna serbuk punya, kurang kick nanti)

Cara-cara :

  1. Masukkan butter,tumiskan bawang holland,bawang putih dan cendawan shittake sehingga kekuningan.
  2. Selepas masak kekuningan masukkan tepung gandum,kacau dan masukkan air. Tambahkan sos tiram,kicap manis,kiub pati lembu dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
  3. Kisar kesemua bahan yang ditumis,kemudian masak sekali lagi di atas dapur.Dan siappp.
  4. Panaskan kuali,kemudian grill daging oblong dan celupkan di dalam sos lada hitam. Sapukan butter sedikit pada roti yang telah dipotong kemudian panaskan di atas kuali sehingga kekuningan.
  5. Susun roti dan letakkan daging oblong yang telah di panggang dan dicelupkan dalam sos, kemudian letakkan beberapa hirisan bawang holland.

Sedia untuk dihidang.

Senarai Kedai Outlet Ramly Seluruh Malaysia

Outlet Ramly Halal Mart

  1. Ramly Halal Mart Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
  2. Ramly Halal Mart Mukim Batu, Kuala Lumpur
  3. Ramly Halal Mart Bentong, Pahang
  4. Ramly Halal Mart Taman Klang Sentral, Selangor
  5. Ramly Halal Mart Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur
  6. Ramly Halal Mart Putrajaya
  7. Ramly Halal Mart Kuala Terengganu, Terengganu
  8. Ramly Halal Mart Shah Alam, Selangor
  9. Ramly Halal Mart Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  10. Ramly Halal Mart Kampung Bharu, Kuala Lumpur
  11. Ramly Halal Mart Kemaman, Terengganu
  12. Ramly Halal Mart Indera Mahkota, Pahang
  13. Ramly Halal Mart Bukit Bunga, Kelantan
  14. Ramly Halal Mart Bandar Baru Bangi, Selangor
  15. Ramly Halal Mart Puncak Alam, Selangor
  16. Ramly Halal Mart Sendayan, Negeri Sembilan
  17. Ramly Halal Mart Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
  18. Ramly Halal Mart Banting, Selangor
  19. Ramly Halal Mart Melaka, Melaka
  20. Ramly Halal Mart USJ1, Selangor

Cawangan Ramly Halal Kiosk

  1. Ramly Bistro, Masjid Saidina Hamzah, Kuala Lumpur
  2. Ramly Bistro, Axiata Arena, Kuala Lumpur
  3. R&R Gurun Utara, Kedah
  4. R&R Gurun Selatan, Kedah
  5. R&R Gunung Semanggol, Perak
  6. R&R Seremban Utara, Negeri Sembilan
  7. R&R Pagoh Selatan, Johor

Sumber: Resepi Prosperity Ala McD Khairul Aming (Guna Oblong Ramly) (ecentral.my)