Resepi Roti Boy Homemade Sama Seperti Di Kedai

Semua pasti sukakan roti boy yang seringkali dijual di pasaraya besar kerana bau harum roti boy yang diperbuat daripada kopi. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan resipi roti boy homemade dan cara masak roti boy sama seperti di kedai.

Resepi sedap lain: Resepi Roti Sardin Goreng

Resepi Roti Boy

Resipi roti boy adalah seperti berikut:

Resepi Doh Roti

  • 300 gram atau 3 cawan tepung gandum
  • 70gram gula
  • 30 gram marjerin
  • Sebiji telur
  • 1 sudu besar mauripan
  • 150 ml susu segar
  • Esen vanila secukupnya
  • Secubit garam
  • Salted Butter atau buttercup (untuk inti)

Topping Kopi

  • 50 gram tepung gandum
  • 40 gram gula
  • 60 gram marjerin
  • Sebiji telur
  • 2 sudu besar nescafe
  • 2 sudu besar air suam (sekadar boleh larut)
  • Esen vanila secukupnya

Cara Masak Roti Boy

Cara buat roti boy homemade adalah seperti berikut:

  1. Campurkan yis atau mauripan dengan susu segar dan gula. Biarkan dalam 10minit.
  2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dan masukkan marjerin gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan telur, secubit garam dan esen vanila.
  3. Masukkan bancuhan yis atau mauripan tadi. Uli sehingga tepung tidak melekat di tangan.
  4. Tambah tepung sikit demi sikit jikalau adunan lembik. Uli doh dalam 10 minit. Lagi lama uli lagi lembut doh roti.
  5. Tutup doh dengan kain yang lembap. Perap doh selama 1 jam.
  6. Selepas doh naik, tumbuk-tumbukkan doh untuk buang angin.
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Lebih kurang 50 gram untuk setiap doh jadi boleh dapat 13biji roti
  8. Masukkan butter dalam doh jadikan inti roti dan bulat-bulatkan. Letak di atas baking tray yg disapu marjerin. Tutup dan biarkan dalam 10minit.
  9. Sementara tu boleh sediakan topping. Kisar marjerin dan gula, kemudian baru masukkan bahan-bahan lain.
  10. Akhir sekali baru masukkan tepung. Kisar sebati. Masukkan dalam piping beg.
  11. Buat lingkaran topping dari tengah roti. Cukup topping bahagian atas tak perlu sampai bawah kerana topping akan cair ke bawah semasa roti dibakar.
  12. Panaskan oven dalam 10minit, baru bakar roti guna api atas dan bawah dengan suhu 170°c selama 20minit bergantung pada suhu oven masing-masing.

Sumber: Harian Post