Cukai Taksiran : Maksud, Kadar & Cara Bayaran

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Maksud cukai taksiran, kadar cukai & cara bayar yang perlu anda tahu

Lain: Cara Kira Cukai Pendapatan Yang Perlu Dibayar Secara Kasar

Maksud Cukai Taksiran

Cukai Taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan atau majlis bandaraya atau majlis perbandaran.

Jenis Harta Tanah Untuk Cukai Taksiran

Berikut adalah jenis hartanah Cukai Taksiran:

  1. Kediaman – Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah kedai dan sebagainya.
  2. Perniagaan – Kedai, kedai/pejabat, pusat membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi
  3. Perindustrian – Kilang teres, kilang berkembar dan kilang sesebuah.
  4. Tanah kosong – Tanah pertanian, tanah pembangunan

Punca kuasa

Dari manakah datangnya kewajipan untuk membayar cukai ini?

Punca kuasa untuk mengenakan Cukai Taksiran adalah dibawah Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Kadar Cukai Taksiran

Berikut disediakan contoh anggaran kasar cukai taksiran yang dikenakan terhadap pemilik kediaman / bangunan / tanah:

Nilai Tahunan ialah Anggaran Sewa Kasar Setahun yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan.

NILAI TAHUNAN = ANGGARAN SEWA KASAR SEBULAN X 12 BULAN

Contoh pengiraan bagi rumah teres 1 tingkat:

Luas Bangunan140.00 Meter Persegi
Anggaran Sewa KasarRM150.00 Sebulan
Nilai TahunanRM150.00 X 12 bulan = RM1,800.00
Kadar13%
Cukai Taksiran SetahunRM1,800.00 X 13% = RM234.00
Cukai Taksiran SepenggalRM234.00 ÷ 2 penggal = RM117.00

Cara Bayaran Cukai Taksiran

Cara bayar cukai taksiran sebenarnya bergantung pada pihak berkuata tempatan / majlis bandaraya / majlis perbandaran namun kebiasaannya boleh dibayar secara online.

Untuk membuat bayaran cukai taksiran online, pastikan anda mengetahui terlebih dahulu nombor cukai anda.

Sumber: Cukai Taksiran: Kadar dan Cara Bayaran (ecentral.my)