Cukai Tanah : Maksud, Cara Kira & Bayar Online

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Maksud cukai tanah, cara kira & cara bayar online setiap negeri

Lain: Cukai Taksiran : Maksud, Kadar & Cara Bayaran

Maksud Cukai Tanah

Apa itu cukai tanah? Cukai tanah adalah cukai yang dikenakan kepada pemilik hartanah atas tanah (rumah landed) yang terdiri daripada rumah freehold (Tanah Pegangan Bebas), leasehold (Pegangan Pajakan) dan hartanah strata.

Tarikh Bayaran Cukai Tanah

Kebanyakan negeri telah menetapkan tarikh pemotongan untuk pemilik rumah atau hartanah menjelaskan pembayaran cukai tanah iaitu pada 31 Mei setiap tahun.

Cara Kira Cukai Tanah

Untuk ketahui kadar cukai tanah anda, anda boleh semak dengan PTG dan kerajaan negeri anda kerana setiap negeri mengenaan kadar yang berainan bagi saiz hartanah yang lebih kurang sama.

Setiap kaki persegi tanah atas hartanah akan dinilai. Misalnya, kadar kiraan kasar di Kuala Lumpur kebiasaannya dikenakan pada RM0.035 setiap kaki persegi. Katakanlah hartanah anda mempunyai keluasan 2,000 kaki persegi, cukai yang akan dikenakan adalah sebanyak RM70.

Cara Bayar Cukai Tanah Online

Anda boleh buat bayaran cukai tanah online menerusi laman web PTG negeri masing-masing di bawah ini:

Negeri Pautan Bayar Cukai Tanah Online 
Selangor https://ehasil.selangor.gov.my/app/search
Kuala Lumpurhttps://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml
Negeri Sembilanhttps://e.ptgns.ns.gov.my/
Melakahttps://ebayar.melaka.gov.my
Johorhttps://onlinepayment.johor.gov.my/
Perakhttps://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/
Perlishttps://ptg.ptgps.gov.my/esemakan/
Kedahhttps://ebayaran.ptgkedah.gov.my/
Pulau Pinanghttps://ebayar.penang.gov.my/
Pahanghttps://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php
Kelantanhttps://hasiltanah.kelantan.gov.my/
Terengganuhttp://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php
Sabahhttp://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my/

Sumber: Panduan Cukai Tanah, Cukai Petak & Cukai Taksiran – Pesan by Qoala