Doa Mudah Dapat Zuriat

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Doa dipermudahkan mendapat zuriat atau doa mudah dapat zuriat yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Doa Dipermudahkan Mendapat Zuriat – Info Pelajar

Lain: Doa Mudah Bersalin Untuk Ibu Mengandung

Doa Mohon Zuriat

Berikut ini adalah beberapa zikir yang dapat diamalkan oleh pasangan suami isteri dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Antaranya adalah :

1. Doa Nabi Zakaria AS

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهٗ ۚ قَالَ رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۚ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاۤءِ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada Ku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.” – (Surah Ali-Imran, ayat 38)

2. Doa Nabi Zakaria AS

وَزَكَرِيَّآ اِذْ نَادٰى رَبَّهٗ رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِيْنَ

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” – (Surah Anbiya, ayat 89)

3. Doa Nabi Ibrahim AS

رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” – (Surah Saaffat, ayat 100)

4. Doa Nabi Ibrahim AS

رَبِّ اجْعَلْنِيْ مُقِيْمَ الصَّلٰوةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْۖ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاۤءِ

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku.” – (Surah Ibrahim, ayat 40)

Doa Mudah Dapat Zuriat

Berikut adalah sambungan doa mudah dapat zuriat:

1. Surah Al-Furqan, ayat 74

وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

“Wahai Tuhan kami, berilah Kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah Kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.” – (Surah Al-Furqan, ayat 74)

2. Surah Maryam

Surah Maryam memiliki 98 ayat secara keseluruhan dan diturunkan di Makkah. Selain itu, surah ini juga menjadi surah ke-19 dalam urutan surah Al-Quran.

Pasangan suami isteri dapat menggunakan Surah ini sebagai doa yang mujarab untuk memohon zuriat dengan harapan dapat memperoleh zuriat dengan segera.

3. Selawat

Selawat dianggap sebagai salah satu penyebab mudahnya doa kita dikabulkan. Dengan berselawat dan berniat untuk diberikan zuriat. Boleh berselawat dan niatkan agar dikurniakan zuriat.

Umar bin Khattab Ra. berkata: “Saya mendengar bahwa doa itu ditahan di antara langit dan bumi, tidak akan dapat naik, sehingga dibacakan shalawat atas Nabi Muhammad SAW.” (HR. Tirmidzi)

4. Berdoa Ketika Solat Hajat

Solat hajat biasanya dilakukan apabila seseorang mempunyai keinginan atau kemahuan kepada Allah SWT, termasuk dalam hal memohon rezeki zuriat untuk pasangan suami istri. Dengan banyak berdoa dalam solat, khususnya pada sujud terakhir, semoga apa yang diinginkan dan dimohon dapat dikurniakan oleh Allah SWT.

5. Memperbanyakkan Istighfar

Disamping berdoa, anda juga digalakkan untuk memperbanyak istighfar sebagai langkah tambahan dalam memohon dipermudahkan mendapat zuriat.

Sumber: Doa Dipermudahkan Mendapat Zuriat – Info Pelajar