Doa Mula Kerja : Maksud & Bacaan Rumi

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Doa Mula Kerja Rumi : Bacaan & Maksud

Lain: Senarai Doa Dipermudahkan Segala Urusan

Doa Mula Kerja

Berikut ialah senarai doa-doa yang anda boleh amalkan sebelum memulakan kerja atau melakukan sesuatu pekerjaan:

Doa Mula Pekerjaan

اَللهُمَّ اغْفِرْلِى ذَنْبِيْ وَوَسِّعْ خُلُقِيْ وَطَيِّبْ لِيْ كَسَبِيْ وَقَنِّعْنِيْ بِمَا رَزَقْتَنِيْ وَلاَتَذْهَبْ قَلْبِيْ إِلَى شَيْئٍ صَرَّفْتَهُ عَنِّيْ

Doa Mula Kerja Rumi: Allaahummaghfir lii dzanbii, wa wassi’ khuluqii, wa thayyib lii kasabii, wa qanni’nii bimaa razaqtanii, wa laa tadz-hab qalbii ilaa syai-in sharraftahu ‘annii.

Maksud Doa Mula Kerja: “Ya Allah, ampunilah dosaku, perluaslah (muliakanlah) akhlakku, berilah untukku pekerjaan yang baik, jadikanlah aku puas menerima apapun yang Engkau kurniakan kepadaku dan janganlah Engkau buat hatiku mengingat apapun yang telah Engkau palingkan dariku.”

DOA 2:

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلىَ اللهِ وَاعْتَصَمْتُ بِااللهِ وَفَوَّضْتُ أَمْرِى إِلَى اللهِ حَسْبِىَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَةَإِلَّابِاللهِ اْلعَلِىِّ اْلعَظِيْمِ

Rumi: Bismillaahi tawakkaltu ‘alallaahi wa tashamtu billaahi wa faw-wazhtu amri ilallaahi hasbiyallaahu wani’mal wakiilu walaa haula wallaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adhiim.

Maksud: “Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, dan aku menyerahkan kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa, hanya Allah yang Maha Tinggi dan Maha Esa.”

DOA 3:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Rumi: Allahumma inni asaluka ‘ilman nafi’an. Wa rizqan toyyiban, wa ‘amalan mutaqobbalan

Maksud: “Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.”

DOA 4:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Rumi: Bismillahhirrohmanirrohim

Maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 

Diharapkan info doa mula kerja di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Doa Mula Kerja – Memohon Rezeki Yang Baik (ecentral.my)