Doa Nabi Yunus (Bacaan Rumi & Maksud)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan doa nabi yunus atau doa ketika kesusahan & doa ketika kesempitan beserta bacaan doa nabi yunus rumi dan maksud doa nabi yunus.

Doa lain: Doa Naik Kenderaan (Panduan Rumi Dan Maksud)

Doa Nabi Yunus

Doa Nabi Yunus atau juga dikenali sebagai zikir Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun. 

Disebabkan zikir ini juga, Allah S.W.T. telah menyelamatkannya, yang akhirnya membolehkannya keluar dari perut ikan yang menelannya itu.

Bacaan Doa Nabi Yunus

doa nabi yunus

Bacaan doa nabi yunus rumi:  Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin

Maksud doa nabi yunus: Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Kelebihan Doa Nabi Yunus

1. Dimakbulkan Doa & Permintaan

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.

2. Doa Yang Terbaik

Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar. Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini. 

Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa. Inilah yang seharusnya yang disedari oleh seorang hamba. Mereka dijadikan oleh Allah dan mereka memerlukan Allah.

Sumber: https://akuislam.com/blog/doa/doa-nabi-yunus/