Doa Untuk Ibubapa (Bacaan Rumi Disediakan)

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan doa untuk ibubapa, doa untuk ibu bapa, doa untuk ibubapa selepas solat & doa untuk ibubapa yang telah meninggal dunia. Panduan doa untuk ibubapa rumi turut disediakan bagi memudahkan anda.

Doa lain: Doa Bangun Tidur & Doa Tidur (Bantuan Rumi Jawi Disediakan)

Doa Untuk Ibubapa

Berikut adalah doa untuk ibu bapa yang dibaca ketika berseorangan

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Doa untuk ibubapa rumi: Allahummagh firli zunubi wa li wa lidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro

Maksud doa untuk ibu bapa: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”

Berikut pula adalah doa untuk ibubapa yang dibaca ketika beramai-ramai

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

Doa untuk ibu bapa rumi: Allahumma fighlana zunubana wa li wa lidaina warhamhuma kama rabbayana soghira

Maksud doa untuk ibubapa: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Doa Untuk Ibu Bapa

Berikut pula adalah doa untuk ibubapa yang dibaca ketika beramai-ramai dan umum hingga ke datuk dan nenek

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Bacaan rumi: Allahummagh firlana zunubana waliwalidina warhamhuma kama rabbayana soghira

Maksud doa: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Sumber: akumuslim