Cara Tukar Duit Kertas Rosak

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai garis panduan pertukaran nilai di BNM bagi cara tukar duit kertas rosak

Berkaitan: Cara Kenal Wang Kertas Palsu

Cara Tukar Duit Kertas Rosak

Berikut adalah info mengenai cara tukar duit kertas rosak dari laman https://ecentral.my/duit-kertas-rosak/

Standard Kualiti Wang Kertas Dalam Edaran

Wang kertas yang bersih/sesuai memudahkan pemeriksaan ciri-ciri keselamatan.

Wang kertas Malaysia dianggap sesuai untuk edaran semula apabila memenuhi semua kriteria yang berikut:

  • Tulen dan bukan palsu
  • Tidak berlubang, koyak, bertampal atau hilang beberapa bahagian daripadanya
  • Bersih secara keseluruhannya atau tidak terlalu kotor
  • Warna yang tidak luntur, terutamanya pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong
  • Tidak berconteng

i) Kes Wang Kertas Rosak Yang Jelas Nilainya

Anda boleh menukar wang kertas rosak di mana-mana institusi kewangan @ Bank Negara Malaysia.

Namun, nilainya adalah bergantung kepada keadaan duit tersebut.

Bagi kes wang kertas rosak yang JELAS NILAINYA ini, anda akan diberikan ganti nilai pada HARI YANG SAMA.

Cara Tukar Duit Kertas Rosak

Umumnya, kadar wang masih diterima untuk pertukaran dengan nilai asal adalah bagi wang rosak yang memiliki ciri berikut:

  • Saiz mata wang yang rosak ialah dua pertiga (2/3) atau lebih daripada saiz asal
  • Tidak mengandungi sebarang tanda pada potret DYMM Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang menggambarkan slogan politik
  • Tidak rosak kerana tanda atau tulisan perkataan, angka dan lain-lain

ii) Kes Wang Kertas Rosak Yang Kurang Jelas Nilainya

Bagi sesetengah kes wang kertas rosak yang KURANG JELAS NILAINYA seperti di bawah, wang perlu dihantar kepada BNM untuk penilaian.

Nilai akan dikembalikan ke dalam akaun pelanggan selepas penilaian.

Cara Tukar Duit Kertas Rosak

Baca juga: Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang Dalam Akaun Bank

Cara Tukar Duit Kertas Rosak

Duit kertas / wang syiling yang rosak boleh ditukar di mana-mana institusi kewangan.

Sila layari https://bnm.gov.my/proper-handling-of-banknotes untuk info penuh berkaitan duit kertas dan syiling rosak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bank Negara Malaysia di alamat berikut:

Jabatan Pengurusan & Operasi Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’Onn
50480 Kuala Lumpur
Telefon : 03-26988044 samb. 7284 / 7307 / 8252 / 8278
Faksimile : 03-26913410 / 03-26915859
Laman Web : www.bnm.gov.my

atau

BNMTELELINK
Telefon : 1-300-88-5465
Faksimile : 03-21741515 / 03-21741616
atau
mana-mana Cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu

Sumber: https://ecentral.my/duit-kertas-rosak/